Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Van Basten enggan terlalu yakin

Posted by bolasepak on June 13, 2008

JURULATIH Belanda, Marco van Basten berkata tempat ke suku akhir buat pasukannya pada Euro 2008 masih jauh walaupun selepas menewaskan juara dunia, Itali 3-0.

Belanda membuktikan mereka adalah pasukan yang perlu ditewaskan pada Kejohanan Eropah berdepan Itali di Berne, Isnin lalu pada malam yang sama menyaksikan pesaing Kumpulan C Perancis dipaksa seri 0-0 oleh Romania di Zurich.

Tetapi bekas penyerang Belanda itu menjangkakan ada pertembungan sengit dengan finalis Piala Dunia 2006, Perancis di Berne, Switzerland, pagi esok dengan kemenangan akan memberikan skuadnya tempat ke kelompok lapan pasukan terbaik.

Dan van Basten juga memberi amaran kepada pasukannya menjelang pertemuan terakhir kumpulan berkenaan bertemu Romania, Selasa depan.

“Perlawanan Perancis (seri 0-0 bertemu Romania) bukan sesuatu yang mengejutkan, tapi kami jangkakan perlawanan yang lebih rumit bertemu Perancis,” kata van Basten sebelum pertembungan di Berne.

“Romania akan menjadi sangat bertahan, sangat sukar untuk ditewaskan. Kami baru-baru ini merasainya ketika bertemu mereka (dalam pusingan kelayakan).”

Dan jurulatih Belanda itu enggan menerima kenyataan pasukannya adalah pilihan bersama untuk gelaran Euro 2008.

“Untuk menjadi pasukan pilihan, adalah penting untuk yang terbaik bukan hanya satu perlawanan. Perjalanan kami masih jauh.

“Tetapi kami sudah bersedia mengulangi persembahan seperti yang dilakukan ketika menentang Itali untuk bertemu Perancis. Kami boleh melakukannya kerana sebahagian pemain sudah matang sejak Piala Dunia 2006.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: