Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Perancis perlu bangkit segera

Posted by bolasepak on June 13, 2008

PERANCIS perlu bangkit daripada permulaan hambar untuk menghadapi perlawanan kedua menentang Belanda pada Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 di Berne awal pagi esok.

Ketika Belanda mengejutkan juara dunia, Itali dengan kemenangan 3-0, Perancis sekadar seri tanpa jaringan menentang Romania pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Isnin lalu.

Naib juara Piala Dunia 2006 yang berkongsi taktikal dengan Itali itu iaitu bermain secara bertahan, perlu melakukan sesuatu untuk mengelak daripada mengalami kekalahan seterusnya.

“Mungkin kami perlu menukar gaya permainan kami dan memilih untuk melakukan hantaran yang pantas untuk mengkucar-kacirkan lawan,” kata pemain pertahanan Perancis, Williams Gallas.

“Adalah penting untuk bertahan dengan baik dan tidak memboloskan gol tetapi kami perlu lebih agresif,” katanya.

“Kami perlukan mata, kami perlu menang dan melakukan sesuatu untuk tidak menanggung risiko.”

Keputusan seri mungkin akan meletakkan Perancis dalam situasi tidak selesa sebelum berdepan Itali pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan manakala kekalahan akan menyebabkan mereka tersingkir lebih awal daripada pertandingan ini.

Sebaliknya Belanda perlu mengekalkan persembahan seperti mana yang dilakukan ke atas Itali untuk mengesahkan slot ke pusingan suku akhir.

“Ia adalah satu keputusan yang hebat dan peminat mungkin meraikannya tetapi kami masih belum melayakkan diri,” kata Wesley Sneijder.

“Sasaran kami adalah mara dan memenangi perlawanan akhir. Oleh sebab itu, kami perlu ketenangan.”

Perancis mengharapkan kepulangan kapten, Patrick Vieira dan penyerang Thiery Henry yang tidak beraksi pada perlawanan menentang Romania disebabkan masalah kecederaan paha.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: