Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Penentuan penalti jika mata sama

Posted by bolasepak on June 13, 2008

REPUBLIK Czech dan Turki akan melalui penentuan sepakan penalti untuk memastikan pasukan yang bakal layak ke suku akhir Euro 2008 jika mereka seri dalam perlawanan terakhir Kumpulan A di Geneva, Ahad ini.

Ia kali pertama sepakan penalti akan digunakan bagi menentukan perlawanan peringkat kumpulan dalam kejohanan utama.

Sistem baru ini akan digunakan buat pertama kali dalam kejohanan ini dan kemungkinan akan digunakan dalam perlawanan peringkat kumpulan.

Portugal sudah pun menghuni kedudukan teratas kumpulan selepas melakar kemenangan ke atas kedua-dua pasukan, yang masing-masing mempunyai tiga mata selepas Republik Czech mengalahkan Switzerland 1-0 dalam perlawanan pembukaan dan Turki menewaskan Switzerland 1-0, awal pagi semalam.

Peraturan baru Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) bagi kejohanan ini menyebut bahawa jika dua pasukan bermain antara satu sama lain dalam perlawanan terakhir kumpulan dan terikat sama -dengan tiada pasukan lain terbabit dari segi mata, perbezaan gol dan gol dijaringkan, maka penentuan kedudukan mereka dalam kumpulan akan ditentukan melalui penalti.

Jika kedua-dua pasukan terikat selepas 90 minit perlawanan Ahad ini, tidak tambahan masa dan sepakan penalti akan menentukan siapa yang mara.

Jika penentuan penalti digunakan maka ia tampak bakal memihak kepada Czech.

Pasukan ini terbabit dalam tiga penentuan penalti, dua sebagai pasukan Czechoslovakia – yang pertama ketika menjuarai Kejohanan Eropah 1976 menentang Jerman Barat dan satu lagi sebagai Republik Czech, dan memenangi semuanya.

Lebih menarik, mereka menjaringkan semua 20 sepakan dalam percubaan mereka.

Turki juga boleh mendakwa rekod baik tetapi ini kerana mereka tidak terbabit dalam sepakan penentuan dalam kejohanan besar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: