Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Milan Baros gagal menyinar

Posted by bolasepak on June 13, 2008

MILAN Baros kembali dalam kesebelasan utama Republik Czech, semalam, dalam perlawanan yang mungkin mahu segera dilupakannya.

Dengan Baros, 26, bermula selaku penyerang tunggal, Czech kecundang 1-3 kepada Portugal dalam Euro 2008 dan mereka akan bertemu Turki, awal pagi Isnin nanti, dalam pertemuan dua pasukan memburu sasaran mengiringi Portugal ke suku akhir daripada Kumpulan A.

Baros, menjaringkan 31 gol untuk negaranya dan penjaring terbanyak Euro 2004, menggantikan Jan Koller, selepas dua aksi sebelumnya sekadar berwatak pengganti, apabila jurulatih, Karel Brueckner mahu menggunakan kepantasannya ketika menentang barisan lawan yang ternyata lincah.

Penyerang itu gagal menemui sasaran untuk kelabnya, Portsmouth, sejak berpindah secara pinjaman daripada Lyon, tahun lalu, dan dia tidak langsung nampak akan menyumbat gol pertamanya untuk Czech sejak kali terakhir melakukannya pada pusingan kelayakan, Mac tahun lalu.

Peluang terbaiknya hadir pada minit ke-62 apabila sedikit lambat untuk menyambung bola tandukan kapten, Tomas Ujfalusi ke sasaran.

“Saya hanya perlukan 20 sentimeter lagi untuk menjaringkan gol. Kami mencipta banyak peluang tetapi kalah 1-3 dan perlu menerimanya. Kami harus menang perlawanan terakhir untuk meneruskan kemaraan.”

Penjaga gol Czech, Petr Cech berkata Baros berusaha keras untuk pasukan dan tidak bernasib baik apabila gagal menyempurnakan peluang tunggalnya itu.

“Dia beraksi dengan baik. Dia sentiasa bersaing dan berjuang pada setiap masa, jadi memang malang apabila pada satu ketika itu, dia gagal menyambung bola untuk menjaringkan gol,” katanya.

Seminit selepas insiden itu, Portugal mendahului 2-1 hasil gol daripada pemain sayap mereka, Cristiano Ronaldo.

Baros, kali terakhir menjaringkan gol pada Disember lalu untuk Lyon, kembali ke Liga Perdana Inggeris pada Januari lalu untuk menyertai Portsmouth.

Pemain itu sebelumnya pernah menyumbang khidmat selama empat musim bersama Liverpool – di mana dia menjaringkan 19 gol dalam 68 kemunculan – dan dua tahun bersama Aston Villa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: