Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Kelebihan memihak Belanda, Perancis dalam tekanan

Posted by bolasepak on June 13, 2008

KEADAAN seharusnya berlawanan ketika ini. Belanda sepatutnya berada dalam keadaan bahaya dan Perancis pula mengharapkan laluan layak ke suku akhir dengan baki satu perlawanan.

Sebaliknya kemenangan menakjubkan 3-0 Belanda ke atas Itali dan seri tanpa jaringan oleh Les Bleus menentang pasukan bukan pilihan, Romania tempoh hari sudah mengubah segala percaturan dalam saingan Kumpulan C.

Lebih buruk, tidak seperti sebelumnya, skuad Belanda yang lazim bergaduh, tetapi ia adalah Perancis yang terbabit dalam pergeseran menjelang salah satu perlawanan paling penting dalam tempoh dua tahun.

Pertahanan veteran, William Gallas mempersoalkan taktik jurulatih, Raymond Domenech, dengan menegaskan Perancis perlu bermain “lebih laju dan banyak bergerak’. Terdapat sesuatu yang tidak menjadi.”

Ia adalah perkara terakhir yang diperlukan Domenech – persoalan daripada pasukannya sendiri, ketika dia masih memikirkan bagaimana hendak menangani ancaman Belanda.

“Saya masih belum membuat keputusan mengenai empat posisi,” katanya.

Kata-kata yang tidak dijangkakan oleh jurulatih berkeyakinan yang membawa pasukannya ke final Piala Dunia dua tahun lalu. Terutamanya dengan pemain veteran yang begitu bersemangat untuk memberitahunya corak permainan terbaik.

Belanda berbincang pada awal musim bunga ini, mengubah daripada formasi tradisional 4-3-3 kepada formasi eksperimen 4-2-3-1 yang membawa dividen besar menentang Itali. Ia membuat jurulatih Marco van Basten kelihatan seperti seorang yang bijak.

Di sebalik kegembiraan sejurus perlawanan Itali, tidak lama selepas itu timbul perasaan yang dikongsi semua: Tiada apa-apa kejayaan yang sudah dicapai.

“Saya tidak fikirkan kami menjadi pilihan selepas satu perlawanan,” kata Van Basten.

Namun, Belanda mengetuai kumpulan paling sukar kejohanan dengan tiga mata, di depan Perancis dan Romania dengan masing-masing satu mata dan Itali tanpa sebarang mata. Itali menentang Romania sebelum perlawanan Perancis-Belanda.

Satu perkara yang akan memberi kelebihan kepada Belanda – Perancis perlu memburu kemenangan dengan seri mungkin tidak cukup untuk mara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: