Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Kecewa tuan rumah tersingkir

Posted by bolasepak on June 13, 2008

PATRICK Mueller berasa kecewa selepas tuan rumah bersama, Switzerland menjadi pasukan pertama disingkirkan daripada Euro 2008 apabila bola yang terkena dirinya memberi gol kemenangan kepada Turki dalam masa kecederaan, kelmarin.

Kemenangan 2-1 Turki dalam Kumpulan A, memberi penyudah memeritkan dalam kejohanan ini kepada pemain berusia 31 tahun itu, yang berusaha keras untuk memastikan dirinya tersenarai dalam skuad negaranya.

Tidak dapat beraksi untuk kelab Olympique Lyon selepas terkoyak ligamen lututnya, Disember lalu, Mueller meninggalkan pasukan juara Perancis itu tanpa keizinan bulan lalu untuk membuktikan kecergasannya di kem latihan pra-pertandingan Switzerland.

“Untuk menunggu sekian lama bagi memastikan berada dalam skuad dan kemudian berada di sini serta beraksi dan kemudian perkara ini terjadi, saya rasa ia adalah malam ngeri dalam karier bola sepak saya,” kata Mueller.

“Kami bermain dua perlawanan dan dua kekalahan dan kini kami tersingkir. Kami terpaksa menghadapinya dan berharap semangat kami masih ada bagi mengharungi perlawanan terakhir kami menentang Portugal (Ahad ini) kerana kami gambar terakhir kami daripada Kejohanan Eropah ini adalah positif.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: