Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Itali buat rombakan hadapi Romania

Posted by bolasepak on June 13, 2008

JUARA dunia, Itali, dalam proses memulihkan diri daripada kekalahan 3-0 kepada Belanda, dijangka akan mengubah pasukan mereka dan formasi bagi perlawanan Euro 2008 lewat malam ini menentang Romania.

Satu lagi kekalahan di Zurich bermakna penyingkiran dan hampir pasti menyaksikan pemergian jurulatih Roberto Donadoni. Kekalahan dalam pembukaan Kumpulan C Isnin lalu bermakna pasukan itu sedang diawasi secara teliti.

Alessandro Del Piero, yang belum memulakan perlawanan buat Itali sejak September, mungkin bermain selepas beraksi dengan baik sebagai pemain gantian manakala rakan penyerang, Antonio Cassano mungkin dipanggil selepas muncul sebagai pemain gantian di Berne.

Kemasukan salah seorang daripada mereka bermakna perubahan formasi daripada 4-3-3 kepada 4-3-2-1 tetapi penyerang utama, Luca Toni kelihatan seperti mahukan kedua-duanya diturunkan daripada awal.

“Bermain dengan Antonio dan Alessandro kami beraksi lebih garang, ia adalah normal kerana mereka mencipta banyak peluang,” kata Toni kepada sidang akhbar.

“Dengan pengenalan Antonio dan Alessandro permainan kami meningkat tetapi bos perlu membuat pilihan. Masalahnya dengan Cassano dan Del Piero di atas padang pun kami tidak dapat menjaringkan gol.”

Bek kiri, Fabio Grosso, yang menyinar selepas masuk dari bangku simpanan menentang Belanda, dijangka akan memulakan perlawanan manakala pertahanan Giorgio Chiellini dan pemain tengah, Daniele De Rossi juga akan diturunkan.

Romania, yang seri 0-0 dengan Perancis, Isnin lalu, menjangkakan Itali akan mula menyerang dari sepak mula.

“Diharapkan mereka akan meninggalkan kekosongan di bahagian belakang untuk kami eksploitasi. Kami menjangkakan pendekatan berbeza berbanding Perancis,” kata kapten, Cristian Chivu.

Perancangan Romania adalah sama seperti Perancis dengan fokus adalah kepada pertahanan dan bukannya memburu gol.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: