Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Hajat Jerman tertangguh

Posted by bolasepak on June 13, 2008

HAJAT juara tiga kali Kejuaraan Eropah (Euro), Jerman untuk mara ke suku akhir tertangguh.

Jerman yang dilabel sebagai antara pasukan pilihan pada kempen kali ini, tewas mengejut 1-2 kepada Croatia pada aksi kedua Kumpulan B Euro 2008, awal pagi tadi.

Jaringan Darijo Srna pada babak pertama dan Ivica Olic pada awal babak kedua meleburkan hajat Jerman untuk mengikut jejak Portugal ke suku akhir.

Biarpun berjaya merapatkan jurang menerusi penyerang Bayern Munich, Lukas Podolski pada minit ke-79, Croatia yang beraksi cemerlang berhak memenangi perlawanan itu sekali gus mengembalikan semula memori kemenangan 3-0 mereka ke atas pasukan yang sama pada suku akhir Piala Dunia 1998.

Lebih memeritkan, pemain gantian Jerman, Bastian Schweinsteiger pula diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad merah pada minit-minit terakhir perlawanan.

Kekalahan ini bermakna Jerman yang menang pada aksi pembukaan ke atas Poland Isnin lepas, terpaksa menanti pertemuan dengan Austria untuk mengesahkan slot ke suku akhir.

Bagi Croatia pula, kejayaan ini menyaksikan mereka menduduki tangga teratas kumpulan B dengan enam, tiga mata mengatasi Jerman.

Pada perlawanan pembukaan Khamis lalu, Croatia menang 1-0 ke atas Austria.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: