Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Hajat besar Romania

Posted by bolasepak on June 13, 2008

TONGGAK pertahanan Romania, Cosmin Contra mahu menjadikan kemenangan ke atas Belanda, Rabu depan sebagai jalan terbaik untuk menempah tiket ke suku akhir Kejuaraan Eropah (Euro) 2008.

Ini kerana Contra sedar bahawa pasukannya berdepan tugas sukar bagi mencatat kemenangan ke atas Itali tengah malam ini meskipun juara dunia itu tewas 0-3 kepada Belanda pada aksi pembukaan Kumpulan C Sabtu lalu.

Begitupun, Contra percaya hanya kemenangan ke atas Belanda sahaja bakal menjadi medan terbaik untuk mereka memburu slot ke suku akhir.

“Kami kena tunggu apa yang akan terjadi apabila berdepan Itali. Tetapi kami percaya kami masih mampu mengalahkan Belanda sekali lagi,” kata Contra semalam.

“Mereka (Itali) beraksi dengan baik ketika menentang Belanda, tetapi kami pernah menang ke atas mereka sebelum kami seri di Rotterdam. Jadi kami mampu menghampakan mereka sekali lagi.

Contra juga percaya Itali telah dimalukan oleh Belanda dan kejayaan Romania mengikat Perancis pada aksi pertama telah meletakkan tekanan ke atas Itali untuk mara ke peringkat seterusnya.

“Itali kini dalam tekanan. Mereka sedar jika mereka gagal mencipta kemenangan ke atas kami, mereka akan pulang lebih awal. Jadi semua tekanan kini terarah kepada Itali,” kata Contra.

“Saya rasa ia banyak bergantung kepada perlawanan ini (menentang Itali pagi esok). Jika kami seri atau menang, kami ada peluang cerah untuk mara.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: