Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Austria terselamat dari tersingkir awal

Posted by bolasepak on June 13, 2008

IVICA Vastic menyelamatkan maruah tuan rumah bersama, Austria apabila menyudahkan penalti pada lewat masa kecederaan bagi mengikat Poland, 1-1 pada Euro 2008, awal pagi ini.

Penalti itu diperoleh apabila pemain Poland, Mariusz Lewandowski menarik jersi Sebastian Proedl di luar kotak gol, tetapi pengadil terus menunjukkan ia tendangan penalti.

Vastic, yang masuk sebagai pemain gantian pada separuh kedua dan pemain tertua dalam skuad Austria berusia 38 tahun, melengkap penalti dengan tendangan deras di sebelah kiri penjaga gol Poland.

“Ia amat tepat memberi tugas menyudahkan penalti itu kepada Ivica kerana dia pemain paling berpengalaman dalam pasukan,” kata jurulatih Austria, Josef Hickersberger.

Sebelum itu, pemain kelahiran Brazil, Roger Guerreiro memberi keceriaan awal Poland apabila bola yang dikuis hasil umpanan Marek Saganowski pada minit ke-30, terus menerjah gawang Austria.

Keputusan seri itu bermakna Croatia menduduki tempat teratas Kumpulan B selepas berjaya mengejutkan Jerman 2-1.

Ia juga membuka peluang kepada tiga lagi pasukan dalam kumpulan itu untuk bersama Croatia melangkah ke pusingan peringkat kalah mati seterusnya.

Begitupun, Poland yakin mempunyai peluang cerah pada perlawanan Isnin apabila bertemu Croatia.

Jurulatih Poland, Leo Beenhakker berkata: “Ya dengan kemenangan saja, kami akan berkongsi mata dengan Jerman.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: