Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Aragones faham situasi Torres

Posted by bolasepak on June 13, 2008

JURULATIH, Luis Aragones berkata dia bersimpati dengan kemarahan Fernando Torres selepas penyerang itu digantikan ketika kemenangan 4-1 Sepanyol mengatasi Russia.

Aragones mahu bersalam dengan Torres tetapi pemain itu enggan selepas dia digantikan oleh Cesc Fabregas pada awal babak kedua perlawanan Kumpulan D Euro 2008 di Innsbruck, Rabu lalu.

“Saya simpati dan faham kenapa Torres menjadi marah tetapi adalah penting untuk memperbetulkan keadaan ini,” kata jurulatih itu ketika sidang media kelmarin.

“Pemain yang tidak bermain seharusnya marah, pertama sekali kepada diri mereka sendiri dan kemudian kepada sesiapa saja yang mereka mahu.

“Ini adalah perkara yang harus dihadapi di bilik persalinan tetapi kami tidak membiarkan ia mengganggu,” kata Aragones tanpa menerangkan dengan lebih lanjut.

Jurulatih itu berkata dia merehatkan Torres supaya dapat menguatkan bahagian tengah.

“Torres mencipta gol pertama untuk (hero hatrik, David) Villa dan bermain sangat baik tetapi kerana perlawanan itu berkembang, kami memerlukan pemain di bahagian tengah, kerana itu dia dikeluarkan,” kata Aragones.

“Keadaan di dalam pasukan sangat hebat dan kami cuba membuatkan semua orang faham bahawa mereka yang tidak bermain adalah sama penting dengan mereka yang bermain.”

Torres yang menjaringkan 33 gol buat Liverpool musim lau, sudah menjaringkan 15 gol dalam 50 perlawanan buat Sepanyol dan tidak menemui gawang buat negaranya sejak September lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: