Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Poland, Austria sama-sama tertekan

Posted by bolasepak on June 12, 2008

“Rempuh Poland”. Itulah arahan jurulatih Austria, Josef Hickersberger, menjelang pertemuan dengan Poland dalam perlawanan penting Kumpulan B awal pagi esok.

Austria tewas 0-1 di tangan Croatia dalam perlawanan pembukaannya, sementara Poland pula tumbang 0-2 di tangan Jerman.

Austria hanya menunjukkan permainan yang lebih membanggakan dalam 20 minit terakhir permainan tetapi kedudukan benteng pertahanannya terdedah kepada pelbagai kemungkinan.

“Tidak syak ini adalah perlawanan penting bukan sahaja kepada Austria, bahkan Poland.

“Kami tidak mempunyai sebarang pilihan kecuali perlu memenangi perlawanan ini.

“Kami harus bersedia ambil risiko sejak dari awal permainan,” jelas Hickersberger dalam sidang akhbar kelmarin.

Menyingkap perlawanan pembukaannya itu, Hickersberger berkata:

“Kami bermain dengan baik dalam separuh masa kedua semasa menentang Croatia. Sebelum ini saya tidak fikir kami boleh mencabar Croatia.”

Dengan sokongan penontonnya, Austria mampu melakukan kejutan, terutama Roland Linz dan Emmanuel Pogatetz disahkan cergas selepas mengalami kecederaan.

Ini berbeza dengan kedudukan Poland, yang kehilangan kapten pasukannya, Maciej Zurawski, selepas mengalami kecederaan pada pahanya.

Tetapi sekiranya Poland berjaya melayakkan diri ke suku akhir, pemain midfield itu besar kemungkinan dapat kembali beraksi.

Persembahan Poland dalam perlawanan pembukaannya begitu hambar dan ini tidak mencerminkan kedudukannya sebagai johan kumpulan dalam pusingan kelayakan Euro 2008.

Penyerang Ebi Smolarek, yang menjaringkan sembilan gol dalam pusingan kelayakan dan gol yang tidak disahkan oleh pengadil dalam pertemuan menentang Jerman, akan terus menjadi harapan Poland dalam pertemuan menentang Austria nanti.

“Kami harus mengalahkan Austria jika kami ingin menghidupkan peluang melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

“Kami juga harus mengatasi Croatia. Tugas itu tentunya agak sulit,” jelas Smolarek.

Jurulatih Poland, Leo Beenhakker, pula berkata:

“Gol-gol yang kami terima dalam pertemuan dengan Jerman adalah kesilapan individu. Tetapi itu sebahagian daripada ragam bola sepak.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: