Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Masih awal teka bakal juara

Posted by bolasepak on June 12, 2008

JURULATIH Jerman, Joachim Loew menegaskan kelmarin, terlalu awal untuk menyebut siapa akan menjuarai Euro 2008 walaupun persembahan mantap dipamerkan Jerman, Portugal dan Belanda.

Selepas pasukannya membuka kempen Euro 2008 dengan aksi meyakinkan menewaskan Poland 2-0 Ahad lalu, Jerman kini menepati ramalan awal selaku antara pasukan pilihan.

Tetapi Belanda menewaskan juara dunia, Itali 3-0 di Geneva, Isnin lalu sementara Portugal menewaskan Turki 2-0 Sabtu lalu, dan Loew menegaskan ia terlalu awal untuk berkata siapa akan dinobatkan sebagai juara Eropah di Vienna pada 29 Jun ini.

“Kami tidak boleh berkata pasukan mana mampu muncul juara, ia terlalu awal. Portugal cemerlang pada perlawanan pertama, kami mendapat keputusan memuaskan dan Belanda kelihatan kuat.

“Tetapi kemenangan ke atas Itali adalah seperti perlawanan lain di hujung minggu dan ia hanya satu kemenangan individu.

“Untuk menjuarai kejohanan, anda harus bermain secara konsisten dan masih terlalu awal untuk berkata pasukan mana mempunyai kualiti itu,” kata Loew.

Jurulatih Portugal, Luiz Felippe Scolari pula merendah diri mengenai peluang pasukannya muncul juara Euro 2008 walaupun memulakan kempen dengan aksi meyakinkan berdepan Turki.

“Saya gembira dengan cara pasukan kami bermain, tetapi secara taktikal tidak ada pasukan lebih baik daripada Jerman, sementara Belanda juga beraksi dengan baik,” kata Scolari di pusat latihan Portugal di Neuchantel.

“Saya rasa kami perlu meningkatkan lagi persembahan kami sebelum mampu menyamai pasukan-pasukan itu,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: