Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Jerman ingin jadi pencabar utama

Posted by bolasepak on June 12, 2008

BAGI Jerman, pertarungan dengan Croatia bukan sekadar mahu melayakkan diri ke peringkat suku akhir kejohanan Euro 2008, malah mahu membuktikan ia sebagai pencabar serius bagi merebut kejuaraan pertamanya sejak 1996.

“Kami akan tahu apakah kedudukan kami selepas perlawanan dengan Croatia ini.

“Kami tahu bahawa kami perlu meningkatkan mutu permainan untuk mengalahkan mereka.” kata kapten Jerman, Michael Ballack, dalam satu sidang akhbar.

Jerman, juara Eropah tiga kali, menewaskan Poland 2-1 dalam perlawanan pembukaannya dan mereka melihat perlawanan dengan Croatia, yang mengalahkan tuan rumah bersama Austria 1-0, sebagai lebih penting.

“Mereka mempunyai cita- cita tinggi – mereka mengalahkan England dua kali dalam pusingan kelayakan – dan saya fikir mereka bermain lebih ofensif berbanding Poland,” tegas Ballack.

Jika prestasi Jerman meningkat berbanding dengan permainannya menentang Poland, mereka dijangka terlalu gagah bagi Croatia, yang kelihatan tidak begitu meyakinkan ketika mencatat kemenangan dalam perlawanan pembukaannya dengan pasukan kerdil Austria.

Jurulatih Jerman, Joachim Loew, tidak menghadapi masalah kecederaan tetapi beliau perlu memutuskan sama ada mahu menurunkan Bastian Schweinsteiger dari awal atau menyimpan ‘senjatanya’ ini sehingga separuh masa kedua.

“Kami mempunyai banyak potensi di barisan depan,” kata Ballack. “Ini satu keputusan yang sukar bagi jurulatih.”

Sedang Jerman belum pernah kalah kepada Poland, mereka mempunyai kenangan bercampur-campur menentang Croatia dalam beberapa pertandingan penting.

Jerman menewaskan Croatia 2-1 di peringkat suku akhir dalam perjalanan memenangi Euro 96 di England tetapi mengalami kekalahan memalukan 0-3 di suku akhir Piala Dunia dua tahun lalu.

Jurulatih Croatia, Slaven Bilic, yang bermain dalam kedua-dua perlawanan tersebut, yakin bintang midfield Luka Modric akan pulih daripada kecederaan buku lali untuk menyemarakkan harapan mereka mara ke suku akhir.

“Ini adalah peluang untuk mara ke pertandingan kalah mati dan kami akan bermain bermati-matian kerana saya percaya kami mampu menyaingi mereka dalam setiap bahagian,” tegas Bilic.

Jurulatih Croatia itu dijangka membuat satu atau dua pertukaran untuk meningkatkan persembahan pasukannya berbanding ketika menang tipis ke atas Austria.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: