Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Villa pamer aksi memikat

Posted by bolasepak on June 11, 2008

LEDAKAN hatrik David Villa menyaksikan Sepanyol memulakan Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 penuh bergaya.

Semalam skuad bimbingan Luis Aragones itu membenam Rusia 4-1 sekali gus mengukuhkan reputasi mereka sebagai pasukan pilihan.

Semuanya gara-gara kelibat Villa yang mempamerkan aksi ‘panas’ pada perlawanan pertama Kumpulan D itu.

Hantaran penyerang Liverpool, Fernando Torres pada minit ke-20 disempurnakan dengan mudah oleh penyerang Valencia itu sebelum meledakkan gol kedua pada minit ke-44 hasil hantaran Andres Iniesta.

Villa kemudian melengkapkan hatriknya pada minit ke-74 sebelum Cesc Fabregas menutup malam bergaya Sepanyol itu dengan jaringan keempat pada minit terakhir perlawanan.

Rusia pula berjaya mendapat gol sagu hati menerusi tandukan Roman Pavlyuchenko pada minit ke-86.

Bagi Rusia pula, mereka perlu bangkit melakar kemenangan dalam dua perlawanan terakhir apabila dijadualkan berdepan juara bertahan, Greece dan Sweden jika mahu mengelak daripada tersingkir awal.

“Saya boleh katakan inilah persembahan terbaik Sepanyol. Semua pemain beraksi cemerlang,” kata Aragones.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: