Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Sepanyol menang bergaya benam Rusia

Posted by bolasepak on June 11, 2008

DAVID Villa menjadi pemain pertama mencatat hatrik pada Kejohanan Piala Eropah (Euro) 2008 ketika membantu Sepanyol membenam Rusia 4-1 dalam perlawanan sulung Kumpulan D, hari ini.

Ketiga-tiga gol Villa hadir pada minit ke-20, 44 dan 75 untuk membolehkan juara Eropah 1964 itu memulakan langkah dengan aksi positif.

Bintang tengah Arsenal, Cesc Fabregas, yang dibawa masuk menggantikan Fernando Torres pada babak kedua menjaringkan gol keempat, satu minit memasuki masa tambahan untuk gol antarabangsa pertamanya.

Perlawanan pagi tadi nyata berat sebelah dengan Sepanyol mendominasi sebahagian besar permainan di kedua-dua babak, sekalipun Rusia berjaya menembusi benteng lawan menerusi Roman Pavlyuchenko pada minit ke-86.

Villa membuka jaringan selepas rembatan bintang penyerang Liverpool, Torres yang terkena pertahanan lawan, Denis Kolodin, dan Villa pantas menyambut bola lantun menewaskan penjaga gol, Igor Akinfeyev di minit ke-20.

Gol kedua pula hadir seminit sebelum tamat separuh masa apabila Villa menyambut hantaran Andres Iniesta dan melepaskan tendangan yang melalui celah kaki Akinfeyev.

Sepanyol mendominasi sebahagian besar babak pertama dengan mengatur serangan bertali arus sebaik wisel permainan bermula, malah beroleh beberapa peluang cantik menerusi kombinasi Villa dan Torres.

Pada minit kelapan, Torres beroleh peluang pertamanya, namun rembatan rendahnya dari dalam kotak penalti berjaya diselamatkan oleh Akinfeyev.

Pada minit kesembilan dan 15, Villa pula memperoleh peluang keemasan untuk mencari gol, namun ketangkasan Akinfeyev sekali lagi menjadi penghalang.

Peluang terbaik Rusia hadir pada minit ke-15 apabila Aleksandr Anyukov menghantar bola kepada Sergei Semak di kanan kawasan lawan tetapi rembatan Semak meliar dari pintu gol.

Rusia membuat perubahan sebaik separuh masa kedua bermula dengan membawa masuk Vladimir Bystrov untuk menggantikan Dmitri Sychev di sayap kanan.

Bagaimanapun Bystrov dibawa keluar hanya selepas 25 minit beraksi untuk digantikan dengan Adamov pada mini ke-70 akibat kecederaan.

Kemasukan Fabregas nyata menambah kreatif Sepanyol di bahagian tengah dan pasukan itu beroleh banyak peluang terbaik dan berhak menamatkan perlawanan dengan kemenangan.

One Response to “Sepanyol menang bergaya benam Rusia”

  1. […] Sepanyol menang bergaya benam Rusia […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: