Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Podolski wira Jerman

Posted by bolasepak on June 10, 2008

PENYERANG Jerman, Lukas Podolski melakukan segalanya untuk menewaskan Poland dalam saingan Kumpulan B Kejohanan Piala Eropah (Euro) 2008, semalam melainkan meraikannya.

Podolski yang lahir di Poland menjaringkan dua gol untuk membantu negara barunya itu mencatat kemenangan 2-0 pada pertemuan sulung kedua-dua pasukan dalam Euro 2008.

‘‘Saya tidak meraikan gol tersebut dengan bersungguh-sungguh kerana saya lahir di Poland.

‘‘Saya mempunyai keluarga yang besar di sana dan kamu perlu mempunyai rasa hormat terhadap negara asal.

‘‘Ia hanyalah satu kemenangan awal. Kami mahu mencipta banyak lagi kemenangan. Namun, kami harus meningkatkan lagi mutu permainan ketika bertemu Croatia nanti.

‘‘Perlawanan bertemu Poland tempoh hari adalah sedikit sukar, berbanding dua tahun lalu.

‘‘Mereka bertahan dengan baik hari ini tetapi saya fikir, mereka beraksi hampir dengan permainan kami. Ia sedikit mudah berbanding dua tahun lalu,’’ kata Podolski yang mengakui melihat saudaranya dari Poland yang berada di bangku penonton pada perlawanan tersebut.

Podolski lahir di Poland, kemudiannya berhijrah ke Jerman ketika zaman kanak-kanak sehinggalah kemudiannya mendapat kerakyatan Jerman.

Pada perlawanan, semalam penyerang tersebut memulakan permainan di posisi kiri bahagian tengah pasukan dan dia memastikan pemilihannya sebagai pemain utama Jerman adalah tepat dengan menjaringkan gol pada minit ke-20.

Gol tersebut berpunca apabila Mario Gomez menyepak bola melepasi pemain pertahanan Poland kepada Miroslav Klose, sebelum penyerang itu menghantar bola kepada Podolski yang mudah menewaskan penjaga gol Poland, Artur Boruc.

Pada minit ke-73, Bastian Schweinsteiger melepasi persaingan dengan pertahanan Poland, Pawel Golanski dan melakukan hantaran kepada Klose untuk melakukan jaringan.

Namun, percubaannya itu tersasar dan bola melantun ke arah Podolski dan dia pantas menggunakan kesempatan itu untuk membuat rembatan pada jarak dekat.

‘‘Selalunya, kami berpuas hati dengan keputusan tersebut. Kami perlu mencari di manakah pendirian kami sebagai pasukan kerana ia adalah perlawanan pertama.

‘‘Kami adalah sebuah pasukan yang baik. Kami bermain dengan cemerlang. Ia adalah demonstrasi kepada keinginan dan kehendak kami sendiri,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.

Sementara itu, jurulatih Poland, Leo Beenhakker berkata, pasukan bimbingannya itu bermain bukan di tahap yang sebenar mereka.

‘‘Kami mempunyai beberapa peluang-peluang yang baik. Pada suatu ketika dalam separuh masa kedua, kami mendominasi permainan dengan sepenuhnya.

‘‘Bagaimanapun, ketika gol kedua Jerman diperoleh, ia seperti mengakhiri segalanya. Kami hanya bermain selama 70 minit pada tahap yang sama dengan Jerman. Pada 20 minit yang terakhir, kami mahu melupakannya,’’ kata jurulatih dari Belanda itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: