Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Perancis kurang bermaya

Posted by bolasepak on June 10, 2008

PERANCIS hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Romania pada perlawanan pertama Kumpulan C Kejohanan Bolasepak Eropah (Euro) 2008 yang agak membosankan di Stadium Letzigrund dekat sini, semalam.

Turun tanpa kelibat penyerang utama, Thierry Henry, Perancis bermain agak berhati-hati manakala Romania yang mengharapkan sentuhan Adrian Mutu tetap memberikan tentangan dalam saingan ‘kumpulan maut’ yang turut dianggotai Itali dan Belanda.

Babak pertama permainan, Perancis memerlukan lebih setengah jam sebelum mampu mencipta peluang terbaik menjaringkan gol menerusi Nicolas Anelka, namun tandukannya tersasar pada minit ke-33.

Sepuluh minit selepas itu sepakan lintang Frank Ribery terkena pemain lawan tetapi arah bola berjaya dibaca penjaga gol Romania, Bogdon Lobont.

Tidak banyak perubahan dari segi corak permainan dapat dilihat di babak kedua apabila gerakan-gerakan menarik gagal dicipta Perancis dan Romania.

Karem Benzema memperoleh dua peluang untuk meletakkan Perancis di depan pada minit ke-57 dan 63 tetapi sepakan lemahnya sekadar menambahkan lagi corak permainan hambar kedua-dua pasukan.

Anelka dan Benzema kemudiannya digantikan dengan dua pemain muda tetapi Perancis tetap gagal mencari jawapan untuk membolos kubu Romania.

Minit-minit akhir permainan, Perancis terus berusaha mencari kemenangan, namun Romania terus ampuh bertahan untuk kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: