Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Greece ingin buktikan kejayaan 2004 bukan nasib

Posted by bolasepak on June 10, 2008

JUARA bertahan, Greece ghairah hendak membuktikan kejayaan mengejut 2004 bukan kebetulan apabila ia melancarkan kempen mempertahan mahkota Kejohanan Eropah menentang Sweden hari ini.

Greece meletakkan matlamat sekurang-kurang ke peringkat suku akhir dalam persaingan sengit Kumpulan D ini dan akan menentang Russia dan Sepanyol dalam perlawanan berikutnya.

Jurulatih Otto Rehhagel mungkin memutuskan untuk membatalkan percubaan dan ujiannya bagi sistem 4-4-2 dan kembali kepada serangan tiga serampang terdiri daripada Angelos Haristeas, Fanis Gekas dan Yannis Amanatidis.

Greece menyumbatkan 25 gol dalam 12 perlawanan kelayakan – lebih seganda gol yang dijaringkannya menjelang Euro 2004 lalu.

“Saya mahu menjaringkan gol tetapi apa yang lebih penting ialah memenangi perlawanan, memenangi perlawanan pertama ini,” kata Haristeas.

“Kedua-dua pasukan adalah sama. Mereka lebih fizikal, pantas dan mempunyai taktik yang baik,” tambah pemain yang menjaringkan gol kemenangan ke atas Portugal dalam final empat tahun lalu.

Semua pemain Greece dalam keadaan cergas, termasuk pemain midfield, Giorgios Karagounis, yang mengatasi masalah kecederaan lutut yang menghantuinya selama dua minggu.

Begitu juga dengan pemain pertahanan, Paraskevas Antzas, dan penyerang, Antonis Nikopolidis.

Henrik Larsson dan Zlatan Ibrahimovic dijangka mengetuai jentera serangan Sweden meskipun Ibrahimovic gagal menjaringkan gol di peringkat antarabangsa sejak Oktober 2005 dan tidak mungkin dapat bermain 90 minit kerana bengkak lutut.

Jurulatih Sweden, Lars Lagerback, berkata:

“Greece adalah pasukan yang sungguh baik. Mereka adalah antara pasukan terbaik dalam pusingan kelayakan. Mereka mempunyai asas permainan yang baik dan begitu berdisiplin.

“Oleh itu, pemain kami perlu bijak untuk mengatasi mereka,” tambahnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: