Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Belanda malukan Itali

Posted by bolasepak on June 10, 2008

BELANDA memulakan langkah bergaya pada Euro 2008 apabila mengejutkan juara dunia, Itali 3-0 pada perlawanan sulung masing-masing, awal pagi tadi.

Jaringan Ruud van Nistelrooy dan Wesley Sneijder pada separuh masa pertama, diikuti kecemerlangan pertahanan, Giovanni van Bronckhorst membolosi gawang Itali pada minit ke-79, menyaksikan juara dunia itu mencatatkan sejarah hitam apabila menerima kekalahan besar sepanjang penyertaannya dalam kejohanan Eropah.

“Ia membuatkan kami amat bangga dan gembira. Kemenangan pertama ini amat penting dan lebih manis lagi apabila kami melakukan ketika bertemu Itali. Ia menambah keyakinan pasukan, tapi kami sedar ia belum berakhir lagi,” kata Sneijder.

Meskipun skuad Belanda menampilkan ramai pemain yang cedera, namun Itali tidak mampu menyaingi prestasi tinggi yang ditunjukkan anak buah Marco Van Basten.

“Ia kekalahan yang bersejarah. Ia adalah Itali, juara dunia. Ia tidak nampak sesiapapun pemain saya yang bermain lemah,” kata van Basten.

Bagaimanapun, Belanda harus lega apabila penjaga gol berusia 37, Edwin van der Sar, 37, beberapa kali menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi, terutama sepakan percuma Andrea Pirlo’s pada minit ke-78.

Van Nistelrooy membuka jaringan selepas pemain Itali menjangka ia adalah ‘offside’ selepas menerima bola lintang 20 meter daripada Van Bronckhorst.

Kekalahan Itali itu meletakkan pasukan ini di tempat tercorot Kumpulan C yang dianggap ‘kumpulan maut’ selepas Perancis dan Romania terikat 0-0.

Jika Itali tewas kepada Romania Jumaat ini, ia menyaksikan pasukan Azzurri ini pulang lebih awal.

“Kami harus menerima kekalahan ini dan kami melihat ke depan untuk saingan seterusnya,” kata jurulatih Itali, Roberto Donadoni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: