Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Makelele ambil alih tugas Vieira

Posted by bolasepak on June 9, 2008

KETIADAAN Patrick Vieira akibat kecederaan menyaksikan Claude Makelele dibebani tugas mengemudi bahagian tengah Perancis apabila skuad bergelar ‘Les Bleus‘ itu menentang Romania dalam pembukaan saingan Kumpulan C, pagi esok.

Makelele menyatakan, walaupun Vieira tidak dapat beraksi untuk peringkat awal, pemain Perancis mempunyai kematangan dan kekuatan dalaman untuk terus kekal bersaing tanpa kapten itu dalam perlawanan pertama Kumpulan Maut yang dianggotai Itali selaku juara dunia dan Belanda yang muncul sebagai juara Euro 1988.

Bagi Makelele, apa yang penting kini adalah menurunkan barisan yang seimbang dan dia menegaskan ia menjadi pilihan utama andai Vieira terpaksa memanaskan bangku simpanan pada permulaan kempen ini.

“Bagi saya ketiadaannya tidak mengubah apa-apa,” kata bintang Chelsea itu.

“Jeremy Toulalan dan Patrick mempunyai kualiti yang berbeza. Bagaimanapun, kami mampu untuk menyesuaikan diri di bahagian tengah ketika perlawanan pemanas badan. Kami tahu apa yang harus dilakukan. Apa yang penting adalah menghormati barisan pemain Perancis.

“Ada keserasian tinggi antara Toulalan dan saya. Apabila saya bergerak ke depan, dia akan berada di bahagian depan pertahanan. Jadi ia tidak mencetuskan masalah. Kami akan menyerap gerak lawan.

“Kami cukup pintar untuk membaca permainan mereka dan membuat perubahan – terserah kepada pemain untuk memutuskannya.”

Jurulatih, Raymond Domenech beberapa kali membuat congakan bahagian tengah itu dan dia terpaksa mengubah sekali lagi senarai pemain di posisi itu pada Selasa lalu ketika pasukan menewaskan Columbia 1-0.

Dalam perlawanan itu, trio tengah, Makelele, Toulalan dan Florent Malouda diletakkan di tengah dengan Franck Ribery diberi tugas menyerang.

Dengan menurunkan pemain di posisi terbabit, Perancis tidak begitu merasai kehilangan Vieira. Bagaimanapun, kelmarin, Makelele menegaskan dia gembira apabila melihat Vieira sudah kembali turun berlatih pada Khamis lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: