Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Itali hadapi ujian getir

Posted by bolasepak on June 9, 2008

ITALI mahu menjelmakan bukti betapa kejayaan di Piala Dunia bukan secara tidak sengaja ketika Belanda pula berazam membuktikan skuad itu masih punya upaya buat memenangi kejohanan utama.

Kedua-dua pasukan itu punya sesuatu untuk dibuktikan pada aksi pembukaan Kumpulan C Euro 2008 di Bern, Switzerland, awal pagi nanti.

“Kami adalah juara Piala Dunia dan kami dijangka memenangi Kejohanan Eropah ini,” kata penyerang Itali, Alessandro Del Piero. “Tetapi ia dua kejohanan yang amat berbeza.

“Dua tahun lalu, segalanya berjalan sempurna dan ia memang sukar untuk diulangi. Tetapi kami berada di sini untuk cuba melakukannya.”

Sudah 20 tahun berlalu sejak Belanda memenangi Kejohanan Eropah untuk satu-satunya trofi antarabangsa pernah dimiliki. Jurulatih ketika ini, Marco van Basten adalah bintang kejohanan itu dengan lima gol, tetapi dia tidak melihat sebarang kaitan istimewanya selepas dua dekad.

“Ia hanya satu kebetulan. Ia berlaku tanpa dirancang,” kata van Basten.

Ruud van Nistelrooy adalah penyerang utama Belanda ketika ini, dan dia disertai di barisan depan oleh rakan sepasukan di Real Madrid, Arjen Robben serta Wesley Sneijder, dengan pemain Hamburg, Rafael van der Vaart berwatak pembantu.

Namun Robben tidak akan turun menentang Itali, awal pagi nanti, selepas mengalami kecederaan, kelmarin.

Itali membalas dengan kelibat Luca Toni, penyerang memiliki ketinggian 1.93 meter yang menyumbat 39 gol untuk kelabnya, Bayern Munich, musim lalu.

Takutkah penjaga gol Belanda, Edwin van der Sar terhadap Toni?

“Amat takut,” kata benteng terakhir Manchester United itu sebelum disusuli ketawa. “Dia adalah penyerang utama dan anda perlu memikirkan mengenainya.”

Toni harus diapit Antonio Di Natale dan Mauro Camoranesi dalam formasi 4-3-3 digemari jurulatih, Roberto Donadoni, dengan Gennaro Gattuso dan Andrea Pirlo disertai sama ada Daniele De Rossi atau Massimo Ambrosini di tengah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: