Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Generasi baru Perancis galas cabaran

Posted by bolasepak on June 9, 2008

PERANCIS memulakan era baru dengan gaya tersendiri tapi penuh berwaspada sebaik saja melangkah ke kancah Euro 2008, menentang Romania, hari ini.

Naib juara Piala Dunia 2006, berdepan tugas sukar dalam Kumpulan Maut yang turut disertai Belanda dan juara dunia, Itali, masih belum dapat membuat sebarang ramalan atau menentukan sasaran, kerana buat pertama kali turun selepas sedekad tanpa ayam tambatan, Zinedine Zidane, yang menjadi nadi kepada Perancis sebelum ini.

Dengan hakikat jaguh botak mereka sudah bersara, Perancis kini berusaha mencari penggempur dan keseimbangan baru antara pemain yang sudah berusia dan muka baru berbakat.

Harapan tetap ada untuk Perancis dengan kemunculan Franck Ribery di sayap, yang kelihatan sudah cukup bersedia untuk menggantikan peranan Zidane selain muka baru, Karim Benzema, 20, yang mempunyai semangat tinggi untuk membuktikan dirinya dalam kejohanan besar.

Namun, masih wujud kegusaran pasukan itu yang kelihatan terpaksa berhempas pulas untuk bertanding di Euro, prestasi turun naik ketika perlawanan persahabatan selain kecederaan paha yang dialami kapten pasukan, Patrick Vieira, menyebabkan dia mungkin diketepikan di Zurich hari ini.

“Perlawanan ini akan menentukan sama ada kami dapat terus melangkah atau dicampak ke dalam tasik,” kata jurulatih Perancis, Raymond Domenech.

Tekanan pasti lebih dirasai skuad kendalian Domenech kerana Romania yang gagal layak dalam tiga kejuaraan utama, bakal mencuri peluang untuk muncul pemenang selain tidak rugi apa-apa andai kalah.

“Kami tidak datang ke sini untuk bercuti,” kata bek kanan Romania, Cosmin Contra. “Kami memburu tempat ke suku akhir dan bermatian-matian ketika turun beraksi di peringkat kumpulan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: