Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Austria senasib dengan Switzerland

Posted by bolasepak on June 9, 2008

CROATIA memastikan derita sama singgah buat satu lagi tuan rumah bersama, Austria, apabila melakar kemenangan 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B Euro 2008, awal pagi tadi.

Kekalahan itu menyusul selepas Switzerland, juga berwatak penganjur bersama, ditumpaskan Republik Czech pada hari pembukaan kejohanan membariskan 16 pasukan terbaik Eropah itu.

Lebih perit, kekalahan Austria itu dialami angkara padah yang menjelma begitu awal, apabila Luka Modric menyempurnakan anugerah penalti untuk membolehkan Croatia mendahului ketika kedua-dua pasukan belumpun menjumpai rentak sebenar.

Modric memberikan kelebihan itu pada minit keempat selepas benteng Austria, Rene Aufhauser menghalang dan menjatuhkan Ivica Olic dalam kawasan penaltinya.

Seorang lagi pemain Croatia, Darijo Srna beroleh kesempatan menggandakan kelebihan itu, tetapi rembatan daripada sepakan percumanya sedikit tersasar. Mladen Petric, berseorangan di sebelah kiri, kemudiannya menyaksikan cubaan tidak menyinggahi sasaran.

Di sebalik semua itu, Austria tampak berdepan kesukaran untuk menampilkan gerak asakan yang mampu mengancam gawang lawan. Satu-satunya peluang mereka pada babak pertama terhasil menerusi Sebastian Proedl, tetapi usahanya tidak kesampaian.
Luka Modric

Apa yang ketara, Croatia berjaya menjelmakan dominasi berkesan pada majoriti babak pertama – terutama pada tempoh 30 minit awal – ketika Austria mula menemui sedikit rentak menjelang penamatnya.

Situasinya tampak sama pada awal babak kedua, tetapi Austria kemudiannya mengimbangi dengan beberapa asakan yang memaksa Croatia lebih bertahan. Sayangnya, gol dicari tidak juga datang buat mereka sehingga tamat perlawanan.

One Response to “Austria senasib dengan Switzerland”

  1. […] saingan kumpulan B menyaksikan Croatia menang tipis 1-0 ke atas Austria sementara Jerman membenam Poland […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: