Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Rentak samba iringi kemenangan Portugal

Posted by bolasepak on June 8, 2008

PEMAIN pertahanan tengah kelahiran Brazil, Pepe yang memperoleh cap pertama bersama Portugal tujuh bulan lalu, menyuarakan kegembiraannya menjaringkan gol pertama buat Portugal di Euro 2008 kelmarin.

Pepe menjaringkan gol pembukaan selepas sejam perlawanan ketika Portugal menang 2-0 ke atas Turki dalam aksi Kumpulan A di Stade de Geneve.

“Ia adalah sensasi untuk menjaringkan gol pertama buat Portugal,” kata pemain kental berusia 25 tahun itu selepas memenangi cap keempatnya.

“Saya hanya mencuba melakukannya, ” kata pemain itu mengenai lariannya melakukan serangan di mana dia bertukar hantaran dengan penyerang, Nuno Gomez sebelum memasuki kawasan penalti dan menjaringkan gol.

“Saya bermotivasi, ” kata pemain itu yang menyertai Real Madrid pada awal musim lalu.

Dia membuktikan keupayaannya menyerang pada babak pertama apabila menanduk masuk hantaran silang ke gawang lawan, namun jaringan itu dibatalkan kerana dia berada dalam kedudukan ofsaid.

Portugal mengambil masa mereka untuk menjinakkan skuad Turki yang berjaya menyaingi mereka untuk 35 minit pertama sebelum Portugal mula menunjukkan penguasaan dalam perlawanan kelmarin.

“Portugal sudah menunjukkan kualiti kami, pasukan ini mempunyai pertahanan yang mantap,” kata perancang tengah, Deco yang memuji empat pemain pertahanan atas usaha mereka mematahkan serangan Turki.

“Kami berdepan pasukan handalan, kami sudah menjangka mereka sebagus yang dipamerkan, kini kami tahu apa yang perlu dilakukan untuk layak, ” katanya lagi.

Jurulatih Portugal, Luiz Felipe Scolari berasa tenang untuk menang selepas pasukannya tewas pada perlawanan pembukaan Euro 2004 di tempat sendiri.

“Hari ini kami mencapai 50 peratus kemampuan kami, sekarang kami harus melakukan satu lagi tugas baik berdepan Republik Czech.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: