Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Jerman tidak pandang mudah cabaran Poland

Posted by bolasepak on June 8, 2008

KEADAAN tertekan menjelang pembukaan Euro 2008 menyaksikan Jerman amat mengharapkan ayam tambatan mereka, Michael Ballack mampu beraksi cemerlang apabila menentang Poland, hari ini (awal pagi Isnin).

Ini bagi menyemarakkan semula semangat Piala Dunia 2006 dan mengakhiri episod gelap dalam Kejuaraan Eropah.

Kali terakhir Jerman menang dalam saingan seperti itu adalah pada final 1996 dan walaupun tidak pernah kalah kepada Poland, mereka tidak dapat memadamkan gemuruh menjelang pertembungan pusingan pertama Kumpulan B di Klagenfurt.

“Memang kami sering rasa berdebar,” kata Ballack yang dipuji selepas mempamerkan prestasi menakjubkan ketika bermain untuk kelab Inggeris, Chelsea.

“Bagaimanapun, kami masih boleh berusaha untuk menamatkan episod gelap itu dalam kejuaraan Euro. Apapun kami tahu, pasukan perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan berkenaan.

“Kami perlu menunjukkan taring, semangat ingin menang serta lebih menyerang,” katanya.

Jerman yang sudah tiga kali membawa pulang trofi Eropah, menewaskan Poland dalam saingan Piala Dunia dua tahun lalu dan Ballack percaya, kemenangan kali ini pasti mencipta satu lagi aliran penuh ceria di negaranya.

“Suasana kali ini pasti lebih baik berbanding sebelumnya,” kata pemain tengah itu.

Jurulatih, Joachim Loew, yang menggantikan Juergen Klinsmann selepas bulan penuh bersejarah pada 2006, menggesa pemain agar lebih berwaspada menentang Poland yang dilatih oleh Leo Beenhakker dari Belanda.

“Dulu kami agak bernasib baik kerana dapat menewaskan Poland,” kata Loew, menceritakan betapa Jerman terpaksa menunggu hingga minit ke-91 untuk merayakan gol tunggal kemenangan hasil gerak pemain gantian, Oliver Neuville.

“Mereka memberi tentangan yang hebat dan selepas dua tahun mereka bangun menjadi pasukan yang lebih kuat di bawah jurulatih Beenhakker.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: