Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Euro 2008: Tuan rumah tewas, tiada tuah

Posted by bolasepak on June 8, 2008

JARINGAN tunggal pemain gantian, Vaclav Sverkos pada minit ke-70 memberi permulaan positif kepada cabaran Republik Czech yang menewaskan Switzerland 1-0 dalam perlawanan pembuka tirai Kumpulan A di Stadium Saint-Jacob Park, awal pagi tadi.

TUAN rumah memulakan aksi babak pertama dengan gerakan menarik mencipta peluang gol pertama perlawanan seawal minit keenam, namun rembatan kapten pasukan, Alexander Frei dari hujung kotak penalti Republik Czech tersasar.

Republik Czech kemudian cuba mengimbangi perlawanan dan hampir mendahului pada minit ke-14, apabila rembatan David Jarolim dari sebelah kiri kawasan Switzerland terkena pemain pertahanan, Ludovic Magnin dan bola kelihatan menuju gawang tetapi penjaga gol, Diego Begnalio sempat menepis bola keluar.

Pasukan bimbingan Karel Brukner itu terus cuba menembusi benteng Switzerland dengan pemain tengah Jaroslav Plasil melakukan hantaran silang dari sebelah kanan, namun penyerang tinggi lampai, Jan Koller tiba lewat untuk melakukan tandukan.

Apapun, tuan rumah menerima tamparan apabila Frei terpaksa dikeluarkan pada lewat babak pertama gara-gara kecederaan lutut kiri selepas dirempuh Zdenek Grygera dan dia diganti oleh pemain perancang dari kelab Young Boys Berne, Hakan Yakin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: