Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Austria tidak gentar kehebatan Croatia

Posted by bolasepak on June 8, 2008

AUSTRIA dan Croatia membuka kempen kejohanan, awal pagi esok dengan jangkaan yang amat berbeza dalam saingan Kumpulan B, di Stadium Ernst Happel di Vienna.

Andai dapat layak ke pusingan berikutnya, ia dianggap satu kejayaan ajaib buat Austria manakala Croatia melihat diri mereka sebagai antara pencabar mahkota kejuaraan selepas layak dengan hebat di mana mereka menewaskan England dalam peringkat kelayakan kumpulan dalam perlawanan terakhir mereka.

Austria layak secara automatik selaku penganjur bersama bersama pasukan tetangga, Switzerland.

“Saya tidak berasa ia sesuatu yang pincang bagi kami bermain perlawanan persahabatan untuk tempoh dua setengah tahun,” kata jurulatih Austria, Josef Hickersberger, kelmarin.

“Kami memilih menentang pasukan yang hebat dan tewas banyak kali. Ia membentuk tekanan sama ke atas kami seperti satu perlawanan kompetitif. Kami sudah bersedia untuk Croatia.”

Apapun, Croatia sudah bersedia untuk mengecewakan tuan rumah pada perlawanan pembukaan apabila kedua-dua pasukan itu berarak turun untuk bersaing mencari mata kemenangan.

“Saya percaya dengan kemampuan pasukan saya,” kata jurulatih Croatia, Slaven Bilic. “Kami akan menggunakan corak serangan dan bermain untuk menang.”

Berpandu kepada rekod, Croatia memiliki keputusan lebih baik menentang Austria apabila berjaya memenangi semua tiga perlawanan sebelum ini tetapi tuan rumah pasti mahu melakar sejarah selepas beraksi dalam kejohanan Eropah buat julung kali dan kejohanan utama pertama sejak Piala Dunia 1998.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: