Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Saingan Euro 2008 lebih terbuka

Posted by bolasepak on June 7, 2008

PERANG ‘olok-olok’ sudah berakhir dan kini pertarungan sebenar bermula ketika 16 finalis 2008 memulakan kempen untuk menentukan siapa yang bakal dinobatkan selaku barisan bola sepak terbaik di benua Eropah.

Barisan tumpuan biasa seperti juara dunia, Itali, finalis Piala Dunia 2006, Perancis, juara tiga kali, Jerman dan pencabar utama seperti Sepanyol dan Belanda semuanya hadir sebagai pilihan – tetapi hakikatnya, saingan kali ini jelas terbuka.

Penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon percaya skuadnya memang berhak diangkat selaku pilihan Euro 2008, biarpun ketiadaan kapten, Fabio Cannavaro, awal minggu ini, mampu menjejaskan harapan menuruti jejak Perancis menambah gelaran Eropah kepada mahkota Piala Dunia seperti dilakukan pada 1998 dan 2000.

Itali diletakkan dalam Kumpulan C – kumpulan maut – dengan pasukan yang ditundukkan di Berlin pada 2006, Perancis, Belanda dan Romania.

“Ia sukar, tetapi ia kerana kami juga dalam kumpulan itu. Kami tenang, dan kami menghormati setiap lawan – Belanda dan Perancis, termasuk Romania yang punya pemain handal seperti (Adrian) Mutu,” kata Buffon, yang beraksi bersama Mutu untuk kelab Juventus.

Sepanyol tampak punya barisan terkuat sejak kebelakangan ini tetapi prestasi hambar menentang Peru dan Amerika Syarikat mungkin bayangan satu lagi kempen mengecewakan ketika mereka cuba menambah gelaran kepada kejayaan tunggal memenangi Kejohanan Eropah pada 1964.

Jurulatih Jerman, Joachim Loew pula yakin skuad bimbingannya mampu menamatkan kebuntuan kemenangan dalam aksi di pusingan akhir yang bermula sejak mereka kali terakhir memenangi gelaran pada 1996 – bermula apabila memburu kemenangan ke atas Poland, Isnin ini.

“Kami sudah membuat peningkatan sejak 2004 dalam semua aspek permainan, terutama taktik, kecergasan dan persefahaman berpasukan,” kata Leow merujuk beza skuadnya berbanding empat tahun lalu.

Tetapi ketika Jerman selesa dengan label pilihan memenangi kejohanan disifatkan Loew selaku ‘paling sukar di dunia,’ dia bertegas bahawa lawan seperti Perancis dan Itali, selain Portugal, Sepanyol, malah Russia, turut menjelmakan ancaman.

“Tiada pilihan ketara kerana terlalu banyak faktor luar biasa yang sukar untuk diramal. Juara mungkin terpaksa beraksi enam perlawanan pada tahap tertinggi untuk memenanginya. Ada barisan pilihan biasa, tetapi ada juga bukan pilihan yang berbahaya seperti Russia yang dilantik Guus Hiddink.

“Ada perlawanan bakal ditentukan kerana tuah undian dan juga penentuan sepakan penalti. Jika kami menepati ramalan, kami sudah tentu perlu menjelmakan tahap aksi terbaik,” katanya.

Turut tidak dilupakan ialah pasukan seperti Republik Czech, yang diyakini jurulatihnya, Karel Bruckner, punya kekuatan seperti barisan dipimpinnya yang layak ke separuh akhir pada 2004.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: