Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Saingan Euro 2008 bermula hari ini

Posted by bolasepak on June 7, 2008

SAINGAN Euro 2008 bermula hari ini dengan tuan rumah bersama, Switzerland mengetengahkan bakat muda menentang barisan berpengalaman Republik Czech yang mahu membuktikan mereka tetap unggul mencabar dalam edisi kali ini.

Barisan didik Koebi Kuhn adalah antara skuad termuda di pusingan akhir kali ini tetapi dengan bekalan beberapa pemain yang sudah memiliki pengalaman pada dua kejohanan utama yang lalu.

“Pemain kami sudah matang sejak Piala Dunia 2006,” kata kapten, Alex Frei mengenai kemampuan pasukannya itu di kem latihan.

“Saya percaya kualiti pasukan ini dan dahagakan kejayaan. Kami mahu melakar sejarah dan kini memiliki peluang itu di halaman sendiri.”

Republik Czech – bekas Czechoslovakia yang muncul juara Euro 1976 serta kejayaan terkini termasuk layak ke final 1996 serta separuh akhir pada 2004.

Tetapi persaraan Karel Poborsky dan Pavel Nedved serta kehilangan ketua pasukan, Tomas Rosicky gara-gara kecederaan kini mencetus keraguan mengenai tahap kemampuan pasukan berkenaan.

“Saya tidak mengerti kenapa ada pemerhati berkata kami tidak sehebat seperti dulu,” kata pemain tengah, David Jarolim kepada pemberita di kem latihan di Seefeld, Austria.

“Kami sudah layak ke pusingan akhir kejohanan ini tiga kali berturut-turut. Ini menunjukkan betapa kuat kami dan mahu membuktikan di Euro 2008.”

Penyokong berkecuali berharap dapat menyaksikan banyak gol dalam saingan Kumpulan A yang menemukan dua penyerang prolifik dalam kejohanan.

Frei sudah menyumbang 35 gol daripada 59 perlawanan untuk Switzerland manakala penggempur tinggi lampai dari Republik Czech, Jan Koller merakamkan 54 gol daripada 87 perlawanan.

Switzerland akan bergelut menyekat Koller- penyerang dengan ketinggian 2.02 meter khususnya selepas pemain bek tengah, Patrick Mueller belum membuktikan tahap kecergasan dalam perlawanan selepas kecederaan musim ini.

“Kami tidak akan mengawal ketat Koller,” kata penolong jurulatih Switzerland, Michel Pont. “Pasukan kami pernah menyaingi Zinedine Zidane serta beberapa bintang lain sebelum ini tanpa memberi arahan kepada pemain pertahanan memberi kawalan ketat kepada pemain lawan yang lincah.”

Milan Baros adalah penjaring terbanyak Euro 2004 tetapi gagal menjaringkan gol untuk pasukan negaranya sejak Mac 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: