Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Petr Cech teruja hadapi kawan lama

Posted by bolasepak on June 7, 2008

PENJAGA gol Republik Czech, Petr Cech berkata dia teruja dengan peluang untuk cuba menghalang bekas rakan sepasukan, Alex Frei daripada melebarkan rekod jaringannya bersama skuad Switzerland.

Kedua-duanya beraksi bersama untuk kelab Perancis, Stade Rennes lima tahun lalu dan akan bertemu satu sama lain dalam aksi pembukaan Euro 2008, awal pagi esok.

“Ia bakal kali pertama saya menentangnya, jadi saya memang ingin tahu bagaimana perasaannya,” kata Cech dalam sidang akhbar, kelmarin.

“Kami beraksi bersama untuk satu setengah musim. Kami agak rapat dan kami punya masa yang baik. Dia adalah rakan sepasukan dan kawan yang baik.”

Frei, kini bersama kelab Borussia Dortmund, adalah penjaring terbanyak negaranya dengan 35 gol hasil 59 kemunculan, ketika penjaga gol Chelsea berusia 26 tahun itu diakui selaku antara benteng terakhir hebat di dunia.

Frei membalas pujian untuk bekas rakan sepasukannya apabila memberitahu wartawan di kem latihan Switzerland bahawa Cech adalah penjaga gol terbaik pernah dia berpeluang untuk beraksi bersama.

“Dia baik serta bijak dan sebagai penjaga gol, memang kita harus menghormatinya. Adakah dia punya kelemahan? Semua penjaga gol ada kelemahan tetapi saya tidak akan memberitahunya untuk perlawanan nanti,” katanya.

Satu faktor mampu menentukan pasukan mana bakal menang ialah bola rasmi bakal digunakan, yang diakui Cech menjelmakan masalah kerana kesukaran mengagak pergerakannya.

“Bola itu tidak sesuai…kadangkala anda tidak tahu apa akan dilakukannya. Tetapi ada 16 pasukan dan semuanya akan beraksi menggunakan bola sama,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: