Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Gomez terbayang aksi silam lawan Turki

Posted by bolasepak on June 7, 2008

SATU lagi jelmaan aksi dengan sumbangan dua gol daripada penyerang, Nuno Gomes terhadap Turki pastinya akan menggembirakan Portugal apabila membuka kempen Euro 2008 dalam Kumpulan A, awal pagi esok.

Gomes yang dijangka mengepalai jentera serangan pada aksi Kumpulan A di Geneva, menyumbat dua gol untuk Portugal menang 2-0 ke atas Turki dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan – pada suku akhir Euro 2000.

Keputusan itu menjelmakan kesan berbeza kerana jurulatih Fatih Terim, kini melatih Turki tetapi ketika itu mahu menyertai Fiorentina, memikat penyerang Portugal itu untuk kelab Itali berkenaan.

Kedua-duanya, mengakui saling menghormati, akan sekali lagi bertemu biarpun di pihak berbeza ketika Portugal memburu gelaran yang kian hampir mereka menangi sejak 12 tahun lalu.

Portugal layak ke suku akhir di England pada 1966, mara ke separuh akhir 2000 hasil kemenangan ke atas Turki dan kemudiannya ke final apabila mereka menganjurkannya, empat tahun lalu sebelum ditumpaskan Greece.

Dibintangi Cristiano Ronaldo, ketika itu dianggap bakat mentah tetapi kini diakui tonggak utama di Eropah, Portugal berharap akhirnya mampu menjulang gelaran utama sulung mereka.

“Seperti kami semua, Ronaldo akan mempertahankan Portugal sehingga minit terakhir. Dia tahu betapa penting wataknya dalam pasukan,” kata pertahanan, Fernando Meira, kelmarin.

Pertamanya, mereka perlu membuat permulaan lebih baik berbanding 2004 apabila dikejutkan dalam aksi pembukaan – kebetulan oleh Greece.

“Kami perlu menang pada aksi mula biarpun saya tidak setuju dengan pendapat menyatakan siapa menang perlawanan ini pasti ke suku akhir,” kata penjaga gol, Ricardo.

Jurulatih, Luiz Felipe Scolari, punya skuad cergas selepas bimbang awal apabila Ronaldo mengalami kesakitan di pergelangan kaki kanan ketika latihan, Isnin lalu.

Turki, membuat kemunculan sulung pada pusingan akhir kejohanan utama sejak menduduki tempat ketiga pada Piala Dunia 2002, juga memiliki skuad bebas kecederaan untuk perlawanan pembukaan itu nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: