Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Euro 2008: Philipp Lahm sandaran Jerman

Posted by bolasepak on June 7, 2008

PEMAIN pertahanan Jerman, Philipp Lahm mencetus imaginasi pasukan negaranya dengan jaringan pertama dalam laluan meraih tempat ketiga di Piala Dunia 2006 tetapi dia kini lebih berminat ke arah bicara bagaimana mahu menyekat pihak lawan ketika kempen Euro 2008 yang bermula hari ini.

Pemain berusia 24 tahun itu menyumbang satu gol ketiga Jerman menewaskan Costa Rica dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia yang lalu di laman sendiri, tetapi pada ketika ini dia menumpu kepada usaha mengekang penyerang Poland apabila membuka tirai perlawanan Kumpulan B di Klagenfurt, Austria, esok.

Jerman dilabel antara pasukan pilihan menjulang mahkota kejuaraan Eropah buat kali keempat untuk menambah koleksi trofi yang sudah dimenangi pada 1972, 1980 dan 1996.

“Gol itu adalah dua tahun lalu. Saya mengerti ia mengundang harapan besar kepada rakyat Jerman. Tetapi tekad saya adalah untuk menyekat penyerang lawan daripada membolosi gawang kami. Itulah adalah keutamaan saya.” katanya.

Pemain pertahanan Bayern Munich itu bermain di posisi bek kiri pada kebanyakan kerjaya dengan catatan 41 caps dan akur dia lebih selesa bermain di kanan. Ketua jurulatih, Joachim Loew menegaskan Lahm adalah pemain serba boleh dalam skuad Jerman.

“Saya lebih selesa di kanan. Saya boleh bermain di kiri tanpa masalah tetapi lebih selesa di kanan walaupun perbezaannya adalah minimum.”

Lahm sudah menandatangani kontrak menyambung khidmat di Bayern sehingga 2012 dan jurulatih baru kelab, Jurgen Klinsmann sudah bersedia memberinya peranan di kanan pertahanan apabila musim baru bermula Ogos ini.

Walaupun masih muda, Lahm sudah mewakili pasukan negara sejak empat tahun tetapi menegaskan dia masih remaja berbanding pemain berpengalaman Christoph Metzelder dan Per Mertesacker.

“Ini adalah kejohanan ketiga bagi saya selepas bermain di Euro 2004 dan juga Piala Dunia yang lalu. Ramai bertanya pandangan saya di latihan,” katanya.

Lahm berkata Jerman kini menguatkan aspek taktik minggu ini di kem latihan Tenero, selatan Switzerland dan tidak menafikan tekanan kini memuncak dalam skuad tetapi berkata persiapan mereka menuju nota positif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: