Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Euro 2008: Penyokong England sokong Sepanyol, Belanda

Posted by bolasepak on June 7, 2008

PENYOKONG England yang terpaksa menerima hakikat perit pasukan negara mereka tiada di Euro 2008, kini memberikan sokongan kepada negara yang mempunyai bintang yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan Sepanyol menjadi pilihan.

Buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun, England terpaksa melupakan aksi ketika kejohanan utama berlangsung tanpa kehadiran mereka.

Scotland, Wales dan Ireland Utara juga gagal layak, dan satu-satunya pasukan yang secara tradisi menjadi pilihan seterusnya untuk penyokong British – Republik Ireland – turut kecewa melayakkan diri ke pusingan akhir Euro.

Mujur ada gantinya buat penyokong England yang tidak berpeluang melihat kelibat David, Beckham, Wayne Rooney dan rakan sepasukannya, apabila bintang import EPL mampu mengisi kehampaan itu.

Penyokong itu kini memilih untuk menyokong negara yang diwakili pemain kegemaran mereka di kelab.

Kajian yang dilakukan oleh majalah Nuts mendapati 13 peratus responden mereka memilih Sepanyol, yang memburu peluang menamatkan kemarau gelaran antarabangsa yang bermula sejak 1964.

Pasukan Belanda – yang berterima kasih kepada kehadiran penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar – mengekori rapat di tangga kedua di mana negara itu berada di atas dalam undian yang dilakukan oleh akhbar Guardian.

Bekas penyerang England, Gary Lineker yang akan mengetuai liputan BBC, turut menyokong Sepanyol untuk menjuarainya kerana dia pernah beraksi untuk Barcelona.

Dia menganggap kegagalan England melayakkan diri sebagai sesuatu yang ada baik dan buruknya.

“Perkara yang baik adalah kita tidak akan mengalami kekecewaan besar – kita sudah berjaya mengelakkannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: