Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Euro 2008: Greece mampu pergi jauh

Posted by bolasepak on June 7, 2008

PELUANG terbaik Greece melangkah melepasi peringkat kumpulan awal pada Euro 2008 mungkin bergantung kepada semangat juang yang membolehkan mereka merangkul gelaran empat tahun lalu, menurut tonggak benteng veteran, Traianos Dellas.

Tetapi ia meletakkan Greece dalam situasi aneh selaku bukan pilihan tetapi juga berstatus juara bertahan.

“Apa yang penting ialah kami menghapus tekanan selaku juara, tetapi terus beraksi dengan cara sama, dan kami pastinya akan ada peluang baik,” kata Dellas.

Dellas, dengan ketinggian 1.96 meter, adalah antara watak utama kejayaan Greece pada Euro 2004, menggagalkan serangan lawan peringkat kalah mati seperti Perancis, Republik Czech dan Portugal. Greece menang semua perlawanan 1-0 dengan Dellas menyumbat gol kemenangan pada masa tambahan ke atas Czech di separuh akhir.

“Ini bukan masa bercakap mengenai apa bakal jadi memori kami daripada kejohanan ini. Kami harus kekal kepada sasaran… Sukar untuk meramal kami bakal punya pengalaman seperti sebelumnya, tetapi saya harap ia akan hampir seperti itu,” kata pemain berusia 32 tahun yang kini beraksi untuk kelab AEK Athens itu.

Greece menentang Sweden pada aksi pembukaan Kumpulan D, Rabu nanti, sebelum bertemu Russia dan Sepanyol dalam dua lagi perlawanan peringkat awal.

Dellas berkata dia menganggap semua tiga lawan selaku pencabar sukar, tetapi bertegas Greece mampu menanganinya, termasuk kembalinya bintang Sweden, Henrik Larsson daripada persaraan.

“Sweden ada senjata mereka, dan kami juga ada. Kita akan lihat apa bakal berlaku di tengah padang,” kata Dellas yang pernah beraksi untuk Sheffield United dan AS Roma sebelum kembali ke Greece pada 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: