Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Euro 2008: Croatia tandus penyerang

Posted by bolasepak on June 7, 2008

TIADA penyerang Croatia berjaya menjaringkan gol dalam aksi antarabangsa semenjak Eduardo da Silva tersisih daripada skuad untuk Euro 2008 angkara terjahan keras, Februari lalu.

Dan dua hari sebelum aksi pembukaan menentang tuan rumah bersama, Austria, jurulatih Croatia, Slaven Bilic masih belum menentukan pengganti buat penyerang kelahiran Brazil itu, yang patah kaki ketika beraksi untuk Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris.

Tiada penyerang berjaya menyumbat gol dalam perlawanan pemanas badan, termasuk ketika seri 1-1 dengan Scotland, kemenangan 1-0 ke atas Moldova selain seri 1-1 dengan Hungary.

Penyerang terakhir Croatia berjaya menemui sasaran ialah Mladen Petric, golnya ketika kemenangan 3-2 di Stadium Wembley, November lalu, menyisihkan England daripada pusingan akhir. Tetapi Eduardo juga beraksi dalam perlawanan itu.

Petric hampir pasti diturunkan menentang Austria. Tetapi pemain Borussia Dortmund itu masih diganggu kesakitan belakang dan wujud kebimbangan dia tidak cergas untuk keseluruhan kejohanan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: