Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Sepanyol kekal rekod tanpa kalah

Posted by bolasepak on June 6, 2008

SEPANYOL kekal tanpa tewas selepas 16 perlawanan berturut-turut apabila mereka menewaskan Amerika Syarikat 1-0 dalam perlawanan pemanas badan terakhir untuk Kejohanan Eropah kelmarin.

Bagaimanapun ketika jaringan Xavi Hernandez pada minit ke-79 sangat menakjubkan, secara keseluruhan persembahan mereka tampak gementar dan tidak tersusun.

“Jika kami bermain dengan rentak yang sama ketika babak pertama, ia akan menjadi sukar. Kami tidak mampu mengasak,” kata jurulatih Sepanyol, Luis Aragones. “Dengan memiliki pemain di sayap, kami mampu lebih mengasak dan peluang akan datang, dan ketika itulah kami bermain permainan terbaik kami.”

Pemain tengah FC Barcelona, Xavi melepasi pemain AS di bahagian atas sebelum menewaskan seorang lagi pemain sebelum menyepak leret menewaskan penjaga gol gantian, Brad Guzan.

“Mereka tidak mencipta banyak peluang dan saya rasa ia akan menamatkan mereka, itu membimbangkan,” kata jurulatih AS, Bob Bradley. “Anda boleh katakan ia adalah cabaran apabila anda bermain perlawanan terakhir sebelum bermulanya kejohanan besar dan saya rasa ia adalah sebahagian daripadanya.”

Sepanyol tidak pernah tewas sejak November 2006. Mereka memerlukan sehingga gol pada masa tambahan untuk menewaskan Peru 2-1 Sabtu lalu dalam satu-satunya perlawanan pemanas badan lain bagi menghadapi Euro 2008.

Kejayaan ke-33 Aragones dalam 48 perlawanan menyaksikan dia melepasi catatan Miguel Munoz bergelar jurulatih kedua terbaik Sepanyol. Aragones, 69, mengekori jejak Javier Clemente dengan tiga kemenangan.

Perlawanan pembukaan Sepanyol pada Euro 2008 Kumpulan D ialah bertemu Russia pada Selasa, diikuti Sweden dan juara bertahan, Greece.

“Kami bersaing, perasaan dalam pasukan amat bagus dan jurulatih memiliki keyakinan yang kami boleh memberi saingan,” kata Xavi.

Tanpa kehadiran penyerang David Villa kerana kecederaan betis dan pemain tengah Andres Iniesta kerana keracunan makanan, Aragones menggunakan Fernando Torres sebagai penyerang tunggal � sistem yang sama digunakannya ketika menamatkan saingan di tangga teratas kumpulan pada kelayakan Euro 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: