Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Ronaldo bakal ‘Raja Euro 2008’

Posted by bolasepak on June 6, 2008

KETIKA namanya sudah mula disebut-sebut selaku pemain terbaik bola sepak di planet ini, tidak menghairankan andai Cristiano Ronaldo bakal bergelar ‘raja Euro 2008’ apabila mengepalai cabaran Portugal.

Dengan ‘generasi emas’ dikepalai Luis Figo sudah pun tersisih, Ronaldo – pemain sayap lincah Manchester United – kini mengambil alih teraju selaku ketua kepada pasukan itu ketika pasukan negaranya itu berhak meraih label pilihan dalam aksi pembukaan Kumpulan A Euro 2008 menentang Turki, awal pagi Ahad ini.

Berbekal sumbangan 41 gol musim lalu membantu United menang Liga Perdana Inggeris serta Liga Juara-juara Eropah, dia jelas sudah membentuk diri selaku pemain yang mampu mengubah perjalanan sesuatu perlawanan.

Dia menanti sepak mula kejohanan dibayangi spekulasi sama ada akan kekal di United ataupun menerima rekod tawaran tertinggi dunia daripada Real Madrid.

Namun rakan sepasukan, Paulo Ferreira percaya situasi tidak tentu itu tidak akan mengalih tumpuannya terhadap tanggungjawab yang menanti.

“Di sebalik tawaran itu, Ronaldo punya kekuatan mental mencukupi untuk mengekalkan fokus kepada tugas di tangannya,” kata Ferreira yang menyaksikan Chelsea diwakilinya sekadar berwatak kedua di EPL dan Liga Juara-juara Eropah.

“Cristiano adalah pemenang. Dia, pada pendapat saya, adalah pemain terbaik di dunia. Dia pastinya akan menikmati kejohanan yang hebat.”

Pengurus Portugal, Luiz Felipe Scolari – yang mungkin menentang Ronaldo di EPL musim depan jika dia memilih untuk menyertai Chelsea – memberikannya jersi nombor tujuh milik Figo serta lilitan tangan selaku kapten pasukan.

Pemain berusia 23 tahun itu mencetus bimbang apabila cedera ringan pada awal minggu ini tetapi hadir di hadapan 12,000 penyokong pada perlawanan latihan di kem latihan Portugal di Neuchatel, Selasa lalu.

Walaupun barisan ini dikatakan kurang berpengalaman berbanding skuad Euro 2004 dan Jerman pada 2006, Scolari masih boleh berpaut harapan ke atas pemain tengah Barcelona, Deco dan penyerang, Nuno Gomes, Simao Sabrosa serta Helder Postiga dengan Ricardo Carvalho mengemudi benteng pertahanan.

“Kami ada peluang baik seperti mana dilakukan pada 2004,” kata Scolari yang membimbing Brazil menjuarai Piala Dunia 2002.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: