Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Menjelang Euro 2008: Rusia catat kemenangan mudah

Posted by bolasepak on June 6, 2008

RUSSIA mengejar selepas ketinggalan sebelum menewaskan Lithuania 4-1 kelmarin dalam perlawanan pemanas badan terakhir mereka sebelum bermula Kejohanan Eropah.

Konstatin Zyryanov, Andrei Arshavin, Roman Pavluchenko dan Vladimir Bystrov masing-masing menjaringkan gol untuk mengatasi jaringan Mantas Savenas buat Lithuania pada pertengahan babak pertama.

Pasukan itu kemudiannya meninggalkan Jerman untuk ke pangkalan mereka di kawasan Alpine Austria, Leogang.

Kebimbangan mengenai kecederaan pemain Russia, memuncak sebelum pertemuan pertama Kumpulan D bertemu Sepanyol pada 10 Jun apabila pertahanan Alexei Berezutsky terpaksa digantikan pada minit ke-14 selepas berdarah di hidung.

Pengurus Russia, Guus Hiddink (gambar) tidak memberi komen mengenai keadaan Berezutsky apabila dia dan pasukannya tiba di Leogang.

Russia kehilangan penyerang pilihan utama, Pavel Pogrebnyak yang masih menerima rawatan kerana kecederaan lutut yang dialaminya ketika tewas 2-1 minggu lalu kepada Serbia dan diragui untuk kejohanan berkenaan.

Selepas Savenas memberikan Lithuania pendahuluan, Zyryanov menyamakan kedudukan dan Arshavin yang digantung bagi dua perlawanan pertama Russia dalam Kumpulan D, meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-52.

Diniyar Bilyaletdinov kemudiannya terlepas sepakan penalti buat Russia sebelum Pavluchenko dan Bystrov melengkapkan jaringan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: