Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Ljungberg kembali cergas hadapi perlawanan pembukaan

Posted by bolasepak on June 6, 2008

KAPTEN Sweden, Fredrik Ljungberg, berkata beliau sudah kembali ke tahap kecergasannya selepas mengalami kecederaan rusuk sehingga mencetuskan spekulasi dia tidak dapat beraksi dalam Euro 2008.

“Saya sudah 100 peratus sihat sekarang dan tidak sabar untuk kembali beraksi,” kata pemain tengah itu kepada pemberita selepas pasukannya berlatih buat kali pertama di pusat latihan di tepi tasik yang dihiasi Banjaran Alps.

Ljungberg, yang musimnya dipenuhi dengan kecederaan sewaktu bermain untuk West Ham United, dikeluarkan ketika perlawanan persahabatan menentang Ukraine Ahad lalu. Pasukannya tewas dalam saingan terbabit.

“Saya mencuba ketika perlawanan dengan Ukraine dan dalam tempoh 45 minit saya dapat rasa larian saya tidak sempurna. Saya sebenarnya boleh berlari lebih pantas daripada itu,” katanya.

“Semua yang mengenali saya memang arif dengan tabiat saya iaitu saya akan berusaha lebih keras andai keadaan menjadi semakin serius.”

Sementara itu, penyerang, Johan Elmander, turut dijangka dapat diturunkan untuk perlawanan pembukaan Kumpulan D antara Sweden menentang Greece, Selasa depan meskipun tidak turun latihan kerana cedera selepas kakinya dipijak lawan sewaktu perlawanan dengan Ukraine.

Jurulatih, Lars Lagerback, berkata Elmander terpaksa diketepikan daripada latihan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Dia dibenar terus menginap di hotel untuk pemulihan tetapi akan kembali berlatih esok atau lusa,” katanya.

Elmander salah salah seorang daripada lima penyerang yang dimiliki jurulatih itu bersama dengan pemain berpengalaman, Hendrik Larsson, Marcus Allback, Markus Rosenberg dan Zlatan Ibrahimovic, yang kelihatan sudah sembuh daripada kecederaan lututnya.

“Zlatan tidak lagi berasa sakit. Kehadirannya menguatkan lagi semangat kami,” kata Lagerback mengenai Ibrahimovic yang menjaringkan 18 gol daripada 49 perlawanan Sweden tetapi gagal menjaringkan gol di peringkat antarabangsa sejak Oktober 2005.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: