Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Euro 2008: Nistelrooy sedia tunjuk taring

Posted by bolasepak on June 6, 2008

RUUD van Nistelrooy mahu menjadi watak yang membintangi Euro 2008 supaya dia mampu memadamkan memori luka ketika Piala Dunia lalu yang didakwanya berpunca akibat apa yang berlaku di Manchester United.

Van Nistelrooy mengharungi tempoh aksi mengecewakan ketika Piala Dunia 2006 dan dikeluarkan dalam semua tiga perlawanan kumpulan Belanda sebelum digugurkan daripada kesebelasan utama ketika kekalahan pada peringkat 16 pasukan terakhir di tangan Portugal.

Penyerang Belanda itu yakin dia berdepan kesukaran di Jerman kerana krisis di United yang kemudiannya mendorongnya berpindah ke Real Madrid.

Dia ketika itu dilaporkan bertelagah di padang latihan dengan Cristiano Ronaldo selain berselisih faham dengan pengurus United, Sir Alex Ferguson.

Kini Nistelrooy tampak lebih tenang selepas memenangi gelaran Liga Sepanyol bersama Real Madrid dan berani membuat ramal dia akan menyerlah untuk skuad bimbingan Marco van Basten bagi kejohanan di Austria dan Switzerland kali ini.

“Saya tidak pernah katakan bahawa saya tidak mahu beraksi untuk skuad negara saya. Ketika ini, saya lebih tenang berbanding dua tahun lalu dan ia kerana ketika itu di United, saya mengharungi tempoh yang sukar.

“Dan ketika itu, dengan kejohanan penting menjelma, ia jelas bukan sesuatu yang saya mahukan.

“Selain itu, saya juga ada konflik dengan jurulatih Belanda, Marco van Basten. Kini saya rasa lebih bagus dan saya percaya dengan keupayaan kami untuk menjelmakan kejayaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: