Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

EURO 2008: Itali berdepan tugas sukar

Posted by bolasepak on June 6, 2008

PEMAIN tengah kental Itali, Gennaro Gattuso cuba merendahkan harapan terhadap kemampuan skuad negaranya melakar gemilang pada saingan Euro 2008 di Austria dan Switzerland kali ini.

Tonggak AC Milan itu bertegas betapa kejohanan itu lebih sukar dimenangi berbanding Piala Dunia dan juara bertahan dunia itu tidak akan sama sekali mengambil mudah halangan yang menanti.

“Apabila bersiap untuk perlawanan, atau apabila turun ke padang, kita tidak boleh berfikir bahawa kami adalah juara dunia. Kami perlu perlu berjuang seperti dilakukan di Piala Dunia lalu.

“Malah jika itu sekalipun, kami masih mampu kecundang, jadi kami perlu berjuang dan memberikan segalanya. Kami pasukan hebat, tetapi kami juga perlu berhati-hati.

“Di Piala Dunia, kami mempamer persembahan terhebat tetapi kami juga ada banyak tuah yang menyebelahi. Kami perlu bersiap untuk semua perlawanan dan tidak turun memikirkan kami adalah juara dunia,” tegasnya.

Gattuso juga bertegas tahap hampir sama semua pasukan di Eropah menjadikan kejohanan itu paling sukar untuk dimenangi.

“Amat sukar untuk beraksi dalam Kejohanan Eropah, lebih susah daripada Piala Dunia. Banyak pasukan ada pemain beraksi untuk kelab terbaik Eropah, Liga Juara-juara Eropah dan tahap di Eropah hampir sama di setiap peringkat.

“Dari segi taktikal, tahapnya lebih baik daripada Piala Dunia di mana mungkin hanya pasukan daripada Amerika Selatan di tahap lebih baik. Tetapi daripada segi mental, pasukan lebih kuat di Eropah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: