Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

West Brom kembali ke Liga Perdana

Posted by bolasepak on May 5, 2008

WEST Bromwich Albion dinaikkan pangkat untuk beraksi ke Liga Perdana England musim depan selepas muncul juara kempen Liga Kejuaraan dengan menewaskan Queens Park Rangers 2-0 semalam.

Stoke City yang belum pernah beraksi dalam kancah liga utama England itu sejak tahun 1985, turut dinaikkan pangkat secara automatik.

Ia berikutan kejayaan mereka muncul naib juara selepas seri tanpa jaringan dengan Leicester City.

Keputsan ini menyaksikan Leicester yang pernah beraksi dalam Liga Perdana empat tahun lalu, disingkirkan ke Liga Satu, divisyen ketiga dalam saingan bola sepak di England.

Terdahulu, dua kelab tercorot, Scunthorpe dan Colchester telah pun tersingkir ke Liga Satu.

Southampton pula berjaya menyelamatkan diri mereka daripada turun ke Liga Satu selepas menang 3-2 ke atas Sheffield United.

Sementara itu, Hull yang kini menduduki tangga ketiga akan berdepan Watford (keenam) manakala Bristol City (keempat) pula dijadualkan menentang Crystal Palace (kelima) pada perlawanan penentuan yang bakal menentukan pasukan manakah yang akan memenangi slot terakhir ke kancah Liga Perdana.

Perlawanan penentuan akhir akan berlangsung di Stadium Wembley pada 24 Mei ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: