Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Penganjur CYC ‘buruk siku’

Posted by bolasepak on May 5, 2008

TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan sebagai ‘buruk siku’ berhubung sikap penganjur Piala Juara-Juara Belia (CYC) iaitu Gifted Group Limited (GGL) yang membelakangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam penganjuran kejohanan tersebut.

Bekas Timbalan Presiden FAM itu berkata, tindakan GGL menarik balik kerjasama dengan FAM dianggap sebagai tidak wajar sedangkan perjanjian sudah dipersetujui bersama sebelum ini.

“Saya terkejut dengan laporan yang mengatakan pihak CYC nak hentikan kerjasama dengan FAM padahal pada penganjuran pertama mereka bekerjasama dengan FAM.

“Kalau kerjasama ini ditarik balik macam buruk sikulah dan tidak manis,” katanya selepas menutup Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2008 semalam.

Tengku Abdullah berkata, pendirian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang menyatakan bahawa FAM perlu terbabit dalam CYC perlu dihormati.

“Setakat ini, saya tak tau sebab dan kesalahan FAM sehingga GGL bertindak menghentikan kerjasama ini. Saya lihat tiada kesalahan yang dilakukan FAM berhubung kejohanan ini,” kata Tengku Abdullah.

Mengulas mengenai kerajaan negeri diminta mengeluarkan kos tambahan bagi penganjuran CYC itu, Tengku Abdullah berkata, beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai pembiayaan kosnya.

“Saya dimaklumkan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) sudah mengeluarkan peruntukan kira-kira RM18 juta untuk menganjur. Saya tak tahu kerajaan negeri terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lain.

“Saya harap kerajaan negeri ambil perhatian sama ada perlu membiayainya atau tidak. Namun perkara yang perlu diselesaikan segera ialah perjanjian yang sudah dipersetujui bersama sebelum ini harus dihormati,” kata beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: