Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Liverpool tutup tirai di Anfield dengan kejayaan

Posted by bolasepak on May 5, 2008

PENYERANG, Fernando Torres melengkapkan perlawanan terakhir Liverpool di Anfield, musim ini dengan menjaringkan gol kemenangan ketika mengatasi Manchester City 1-0, awal pagi tadi.

Jaringan berkenaan bermakna penyerang antarabangsa Sepanyol itu meledakkan gol dalam lapan aksi liga terakhir di Anfield, menyamai rekod bekas pemain kelab itu, Roger Hunt, salah seorang tonggak skuad kebangsaan England ketika menjulang Piala Dunia 1966.

Tapi jaringan ke-23 Torres menerusi penampilan cemerlang kempen musim ini bersama The Reds tidak menolak fakta, ketinggalan 11 mata di belakang musuh tradisi dan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United bermakna penantian selama 19 tahun untuk menjulang trofi EPL, berlanjutan ke musim depan.

Bagaimanapun, pertemuan itu diselubungi spekulasi membabitkan masa depan Sven-Goran Eriksson selaku pengurus City, dengan penyokong kelab jelas menyuarakan sokongan terhadap pengendali kelahiran Sweden itu, yang dilaporkan, bakal dipecat pemilik kelahiran Thailand, Thaksin Shinawatra, hujung musim ini.

Shinawatra tidak berada di Anfield tapi Pengarah City, Sasin Monvoisin dan Pengarah Eksekutif, Taweesuk Jack Srisumrid berada di tempat duduk pengarah ketika City cemerlang mengekang asakan Reds sepanjang babak pertama.

Sekalipun melakukan kejutan dengan menurunkan Torres, yang tidak beraksi pada Liga Juara-Juara Eropah ketika tewas kepada Chelsea, pertengahan minggu lalu kerana kecederaan otot selain menguasai sebahagian besar perlawanan, Liverpool gagal memecah formasi pertahanan City.

Mereka terpaksa menunggu hingga minit ke-20 untuk melancarkan gerakan berbahaya, apabila tandukan Ryan Babel tersasar selepas menerima hantaran silang Dirk Kuyt ketika penjaga gol City, Joe Hart sudah tertewas.

Tapi, 13 minit sebelum wisel penamat dibunyikan, Torres meledakkan jaringan ke-23 peribadi dalam EPL musim ini hasil penyudahan tenang selepas menerima hantaran Kuyt sebelum bola bergolek melepasi jangkauan Hart.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: