Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Inter perlu tunggu untuk julang mahkota Serie A

Posted by bolasepak on May 5, 2008

PENDAHULU liga Itali, Inter Milan perlu menunggu sekurang-kurangnya seminggu lagi sebelum dapat memastikan kejuaraan Serie A ketiga berturut-turut apabila tewas 2-1 di tangan musuh setempat, AC MIlan di San Siro malam tadi.

Filippo Inzaghi membuktikan ketajamannya selepas menjaringkan gol pada minit ke-51 – gol kesembilan dalam lima perlawanan terakhir – menerusi tandukan hasil hantaran lintang Kaka.

Lima minit kemudian, Kaka menjadikan kedudukan 2-0 selepas memperdayakan penjaga gol Inter, Julio Cesar menerusi rembatan rendah dalam kotak penalti.

Penyerang Inter, Julio Ricardo Cruz merapatkan jurang menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol Milan, Zeljko Kalac.

Pasukan di tangga kedua, AS Roma menewaskan Sampdoria 3-0 untuk merapatkan jurang Inter kepada tiga mata dengan baki dua perlawanan.

Inter mengumpul 81 mata, Roma 78 dan Juventus 70. Inter menewaskan Roma 4-1 pada pertemuan pertama musim ini di Rome dan kedua-dua pasukan seri 1-1 di Milan, sekali gus bermakna Inter bakal muncul pemenang jika kedua-dua pasukan berkongsi mata menjelang hujung musim ini.

Kemenangan malam tadi menempatkan Milan di tangga keempat, satu mata mengatasi Fiorentina dan berada pada slot terakhir untuk ke Liga Juara-Juara musim depan.

Selepas tersingkir awal pada saingan Liga Juara-Juara musim ini, Milan bergelut untuk berada di kalangan empat terbaik liga.

“Kami sudah mencapai sasaran kami iaitu layak ke Liga Juara-Juara,” kata Kaka. “Kami tidak mungkin menang liga tetapi kami beraksi baik pada hujung musim.”

Milan dan Inter beraksi cemerlang tetapi Milan berpeluang pada babak pertama dan Kaka mengumpan baik buat Inzaghi termasuk hantaran rendah pada minit ke-20 tetapi rembatan itu ditepis Julio Cesar.

Inter hanya perlu menang satu dalam dua perlawanan terakhir untuk muncul juara. Jika Roma tewas kedua-dua perlawanan, Inter akan turut dinobatkan pemenang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: