Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Hajat Everton ke Piala UEFA tertangguh

Posted by bolasepak on May 5, 2008

EVERTON terlepas peluang mengesahkan tiket awal ke Piala UEFA musim depan apabila jaringan lewat Nicklas Bendtner menewaskan barisan David Moyes, 1-0 ketika berkunjung ke Arsenal, malam tadi.

Ketika perlawanan di Stadium Emirates itu berbaki 13 minit, Everton berada di landasan tepat untuk meraih satu mata berharga bagi mengesahkan kedudukan kelima Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus meraih tiket ke Piala UEFA.

Bagaimanapun jaringan tunggal Bendtner itu memaksa Everton supaya menunggu keputusan perlawanan terakhir minggu depan untuk mengesahkan tempat mereka.

Skuad Toffees kini perlu mengelak daripada tewas di gelanggang sendiri kepada Newcastle, hujung minggu ini, bagi memastikan mereka menamatkan cabaran di depan Aston Villa yang kekal ketinggalan tiga mata kepada skuad bimbingan David Moyes.

Moyes berkata: “Saya fikir kami tidak bernasib baik. Saya kecewa kami gagal meraih mata untuk mengesahkan tiket ke Piala Uefa. Kami sudah melakukan yang terbaik untuk mendapatkannya.”

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger pula mengakui kemasukan Jens Lehmann selaku pemain gantian ialah penampilan terakhirnya bersama kelab itu apabila berkata: “Benar, itu penampilan terakhirnya. Saya mahu peminat mengucapkan selamat tinggal atas segala sumbangannya selama ini.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: