Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Chelsea lebih mantap – Petr Cech

Posted by bolasepak on May 5, 2008

PENJAGA gol utama, Petr Cech percaya Chelsea sekarang lebih gagah berbanding ketika mereka dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris, dua tahun lalu.

Skuad The Blues itu perlu menewaskan Newcastle malam ini bagi menghalang Manchester United terus mempertahankan kejuaraan.

Cech percaya pasukannya lebih mantap berbanding ketika kelab itu di bawah bimbingan Jose Mourinho walaupun sedar mereka mungkin tidak mampu menghalang kejayaan skuad Alex Ferguson.

“Saya berani mengatakan pasukan sekarang sekurang-kurangnya sama tahap atau lebih baik berbanding dua musim lalu,” katanya kepada BBC Five.

“Ini kerana musim ini kami memulakan saingan daripada belakang dan perlu mengejar United. Ia sukar dilakukan dan justeru, kualiti kami sekurang-kurangnya sama seperti dua tahun lalu.”

Cech menyarankan rakan sepasukannya supaya meneruskan tekanan terhadap United dengan menang di St James Park dan dia yakin pasukannya mampu membuatkan United terpaksa menunggu lebih lama.

“Minggu lalu minggu yang hebat kerana kami menewaskan United selain layak ke final Liga Juara-Juara dan itu pencapaian yang menakjubkan,” katanya.

“Kami akan melakukan apa saja untuk menghidupkan peluang kami di Newcastle. Jika kami berjaya, perlawanan terakhir nanti tentu seronok.

“Memang kami selalu tertekan tetapi kami sudah biasa dan kami perlu memastikan kami menang perlawanan.

“Anda dapat melihat bahawa kami mempunyai kualiti sama seperti dua tahun lalu iaitu ketika kami memenangi Liga Perdana Inggeris. Kami mampu mengatasi tekanan dan mungkin menang setiap perlawanan.”

Cech turut bergembira bagi pihak pengurusnya, Avram Grant, yang kedudukannya masih belum terjamin walaupun mampu membawa Chelsea ke final Liga Juara-Juara.

“Ia minggu yang penuh emosi buat Avram kerana beliau sedang tertekan,” kata Cech.

“Beliau boleh menjadikan kejayaan ini sebagai kepuasan peribadi kerana inilah pertama kali Chelsea layak ke final Liga Juara-Juara.”

Cech turut gembira dengan prestasinya musim ini dan tidak terjejas walaupun berdepan pelbagai bentuk kecederaan.

“Ia bukanlah musim terbaik saya kerana saya dilanda kecederaan tetapi saya tetap gembira dengensi gan aksi saya setakat ini. Saya berjaya mengekalkan tahap permainan saya dan itulah yang paling penting buat saya,” katanya.

One Response to “Chelsea lebih mantap – Petr Cech”

  1. farihin said

    petr cech tak power……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: