Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Bola sepak negara dilanda ‘angin utara’

Posted by bolasepak on May 5, 2008

BOLA sepak negara bagaikan dilanda ‘angin utara’ apabila Kedah mendominasi dua liga utama musim ini.

Selepas skuad Hijau Kuning muncul juara Liga Super, giliran pasukan berstatus kelab, Kuala Muda Naza pula membuktikan keunggulan mereka dengan menjuarai Liga Perdana, kelmarin, selagi gus membayangkan amaran awal terhadap pasukan lain yang Kedah mungkin ‘memborong’ semua piala yang dipertandingkan.

Kemenangan 3-2 Kuala Muda Naza ke atas pencabar terdekat, Plus FC malam kelmarin mengesahkan negeri Jelapang Padi itu bagaikan mempunyai suatu rahsia yang belum mampu disaingi pasukan lain.

“Daripada persembahan pasukan saya, sememangnya kami layak menjuarai Liga Perdana dan pemain saya menunjukkan prestasi yang begitu baik apabila menjaringkan tiga gol di tempat lawan.

“Justeru, pujian harus diberikan kepada semua pemain yang bekerja keras sepanjang 90 minit itu selain kejayaan ini juga kami tujukan khas buat keseluruhan warga Syarikat Naza, terutamanya kepada keluarga Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin,” kata pengemudi KM Naza, K Devan yang gembira sejurus muncul juara.

Devan berkata, kejayaan pasukan musim ini adalah kerana komitmen padu ditunjukkan pemain dari awal musim lagi serta pengurusan yang baik dalam memberi kebebasan kepada pemain dan dirinya menjalankan tugas sebagai jurulatih.

Dalam pada itu, pengurus Plus FC, Husni Md Yusof, berkata kekalahan itu memberi pengajaran terbaik kepada pasukan untuk menghadapi musim depan dalam saingan Liga Super.

“Kecewa itu memang ada, walaupun kami layak ke Liga Super musim depan tapi ia adalah lebih manis jika dapat menjuarai Liga Perdana tahun ini. Begitupun saya tetap bersyukur atas kejayaan muncul naib juara.” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: