Bola Sepak

Berita Bola Sepak | Dunia Bola Sepak

Atletico buru tiket Liga Juara Eropah

Posted by bolasepak on May 5, 2008

PEMAIN tengah remaja, Ignacio Camacho menjaringkan dua gol, untuk membantu Atletico Madrid menang 3-0 ke atas Recreativo Huelva dalam saingan Liga Sepanyol, kelmarin

Kemenangan itu mengukuhkan cengkaman Atletico di tangga keempat liga bagi perebutan tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Camacho menewaskan penjaga gol, Stefano Sorrentino hasil hantaran silang pada minit ke-23 untuk menanduk masuk gol pertamanya dalam Liga Sepanyol menjelang sambutan hari lahirnya ke-18.

Dia melebarkan rekod jaringan selepas merampas bola hantaran lemah pada minit ke-75.

Penyerang antarabangsa Argentina, Sergio Aguero melebarkan penguasaan tuan rumah, m-54 selepas m+enyambar bola hantaran silang Maxi Rodriguez.

Atletico kini menghuni tangga keempat berbekalkan 58 mata, kelebihan lima mata mengatasi Racing Santander dan enam mata ke atas Sevilla.

“Semua perlawanan seperti final. Tiada ruang untuk melakukan sebarang kesilapan,” kata jurulatih Atletico, Javier Aguirre.

Recreativo kekal bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran di tangga ke-17 dengan baki tiga perlawanan dan memiliki 40 mata — berkongsi mata dengan skuad tangga ke-18, Osasuna.

Atletico, yang tidak boleh tewas untuk baki tiga perlawanan, mendominasi seawal minit ke-17 apabila Sorrentino terpaksa menjatuhkan badan bagi menghalang bola sepakan voli Raul Garcia dari luar kotak penalti.

Pertahanan Recreativo, Martin Caceres terjatuh ketika cuba menghalang Maxi sebelum pemain tengah Argentina itu melakukan hantaran kepada Aguero yang kemudiannya meledakkan gol peribadi ke-17 musim ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: